22 Nov 2012

Pakatan Axis. err?

in the name of Allah..
the most gracious, most merciful..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.
atas segala nikmat kurniaanNya.
dari sejak belum dilahirkan hingga hayat yang akan datang.
dari hujung kaki hingga hujung rambut.
dari ufuk timur hingga ufuk barat.
dari kerak bumi hingga seluruh cakerawala.
segalanya. semuanya. tak terkira bilangannya.
Maka.. nikmat tuhan yang manakah yang bisa kau dustakan?..

insyaAllah..
malam ni, nak share pasal boikot.
boikot yang sedang hangat dilancarkan.
dilancarkan bukan untuk kepentingan sendiri tapi kepentingan ummah.
ummah seagama.. seAqidah..
yang ditindas ditanah mereka sendiri.
atas satu sebab.. ISLAM.

owh! bukan. Itu bukan tanah MEREKA.
itu sebenarnya tanah KITA.
kita yang bersaksi dgn 2kalimah..
kita yang bersujud kepada Tuhan yang  Maha Esa..
kita yang bernama MUSLIM.
itu tanah kita..

jujur. satu masa dahulu.
aku bukan dlm pakatan ini.
pakatan yang memboikot sejumlah barangan..
barang2 yang dipercayai
menyumbang dalam penindasan xberperikemanusiaan.

untuk apa kau boikot2 ni?
stakat kau n pakatan axis je yang xbeli.
xmuflis pon syarikat tu. Rugi pon tak, muflis apatah lagi..
balik2 kau yang rugi.

makan je lahh..
pedulikan pakatan axis itu.
bukan kau guna duit dia pon nak beli.
beli pon untuk perut kau jgak.

satu barang ibarat menyumbang satu peluru?
yeke? murahnya.. xpercayalah..
isk kalau betul camne... aishh. serabut lahh.
xpayah fikirlah. hangkut, bayar. settle.

alamak.. xxxxxx pon kene boikot ke.
macam mana.. tu je syampu yang sesuai ngan rambut I..
ermm xpe2 pagi tadi I dah derma dah sikit..
beli aje lah.. nanti I pergi derma lagi banyak sikit..

alamak mahalnye brand nie.
yang murah ni kene boikot pulak..
ermm bukan xde duit, tp nak beli bende lain jgak..
xpe lah buat2 tak tahu je boleh x?

Allah...
macam-macam alasan.
pelbagai helah dan tipu daya
yang berjaya dibisik syaitan durjana.

dan kau pon berlapang dada menerima.
memekak kan telinga. membutakan mata.
xsedar itu perangkap si durjana.
xsedar? separa sedar? atau sedar tapi sekadar memejamkan mata?

entah. aku juga xpasti.
apa yang telah membutakan mata hati.
adakah dosaku terlalu menggunung tinggi
sehingga gila menurutkan nafsu sendiri

itu kisah satu masa dahulu.

kini aku lebih matang memimpin diri.
mungkin hati ini diketuk hidayah ilahi.
kata orang yang namanya 'Hidayah' itu bukan selalu mengunjungi.
khuatir andai itulah pertama dan terakhir kali..

mengambil ibrah dari kisah nabi.
yang dibakar hidup2 didalam api.
bukan hasil yang dihitung nanti.
tapi apa yang diusahakan oleh diri

melihat nabi Allah didalam api
burung kecil mula susah hati
dgn paruh yang sebesar jari
mencedok air kesana ke mari

dengan harapan satu masa nanti
api yang marak semakin kebumi

tenanglah... Allah menghitung usahamu
bukan kah DIA maha adil?

Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah,
niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah,
niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
 _Al-Zalzalah 7-8_


aku menyeru diri dan sahabat2.
mari kita berganding bahu bersilang tangan
menyertai pakatan axis ini
menyertai dengan sepenuh hati.

ingatlah sahabat sekalian..
bukan hasil yang akan dinilai
tapi usaha yang akan dihitung

andai disana nanti, kita ditanya..
Apa yang kau telah lakukan apabila mendapat tahu saudara seislam mu ditindas?
Apa jawapan anda?
apa jawapan tangan anda yang membayar?
apa jawapan perut anda yang menghadam?
apa jawapan rambut anda ?
apa jawapan kaki anda?

ketahuilah sahabat..
di sana nanti. semua anggota akan menjadi saksi.
tiada peluang untuk berdolak dalih lagi.
hanya sesalan yang tak henti henti.

Ya benar, orang-orang Palestin tak tahu pon kita menderma untuk mereka.
Mereka tidak tahu pon kita dok boikot2 segala.
Mereka tidak tahu pon kita terus-menerus panjatkan doa untuk mereka.
Ya, mereka mungkin tidak tahu...

Tapi ketahuilah, Allah tahu. Ya, Allah tahu!
Biar orang bneci, biar orang tak peduli,
biar orang pandang basi, yang penting Allah redhai!
Perjuangan akan tetap diteruskan sehingga mati!
 
Ayuh! _IG+edit_

ya Allah kuatkan kami.
Selamatkan saudara kami.
Jadikan kami satu ummat yang peka dan sensitif.
Jadikan kami satu ummat yang bersatu atas nama islam.
Jadikan kami satu ummat yang mendambakan firdausi.
Berkatilah kami. Rahmatilah kami.

Tunjukkanlah kami andai kami lupa atau tersalah.
Engkau penolong kami. Maka tolonglah kami.
Bantulah kami menjadi golongan yang benar..

_copied_

Ameennn..

wallahua'lam.

4 Nov 2012

U know Eh-San?


Somebody asked: "You're a Doctor? How much do you make?"

 
I replied: "HOW MUCH DO I MAKE?" ...

 
I can make holding your hand seem like
the most important thing in the world when you're scared...

I can make your child breathe when they stop..
I can help your father survive a heart attack...

I can make myself get up at 4AM to make sure
your mother has the medicine she needs to live...
and I will work straight through until 4am to keep her alive
and start the day all over again!

I work all day to save the lives of strangers...
I will drop everything and run a code blue
for hours trying to keep you alive!!!

I make my family wait for dinner
until I know your family member is taken care of...
 
I make myself skip lunch so that
I can make sure that everything I did
for your wife today was correct...

I work weekends and holidays and all through the night
because people don't just get sick Monday though
Saturday and during normal working hours.

 
Today, I might save your life.

How much do I make?

 

All I know is, I make a difference.

_copied.from.seorang.blogger_

U know Eh-San?

i think,
Doctors MUST have this so called "Eh-san"

Eh-san is giving the best that you can give
Eh-san is professionalism
Eh-san is think wisely before act
Eh-san is very near to perfect
Eh-san is the way to success
if you have Eh-san, i.Allah,
you are the top scorer!

*muhasabah*

*************

wallahua'lam.
 

28 Sept 2012

Sarang-Hey!

in the name of Allah.

Assalamualaikum!!

woh! da naek berhantu da blog ak nie..
setahun sekali je ade post baru.
Asal post baru je, mesti dah dekat2 nak balik India.
hadoih.. phemalas.

nway! haha. lagi dua hari je tinggal.
after dat, da kene kembangkan sayap, balek ke 'sarang' semula.

ow man. sgt la malas.
Kene prepare mentally n physically nk balik sarang nih.
Sarang yang menyimpan banyak taklifat.

Arghhhhhhh!! batin menjerit.
Menjerit, memujuk supaya jangan balik ke sarang itu.
Sarang yang menyimpan seribu satu perkara.
Perkara2 yang bakal memberatkan kepala.

Hadoih.. akal mengeluh.
Mengeluh, sedar akan perlunya pulang ke sarang.
Kepulangan itu bukan sekadar satu keperluan.
Tapi ianya satu kewajiban.
Kewajiban yang bakal menjamin masa depan.

Ternyata akal ku masih waras.
Terima kasih kerana tidak biarkan aku tewas.
Tewas dikalahkan nafsu yang kian membuas.
Yang tak pernah kenal erti lelah dan puas.

Wahai diriku yang sering alpa.
Tolonglah sedar, tanggungjawab kau kat sana.
Bukan sekadar belajar semata.
Dakwah dan tarbiyah tolonglah jgn lupa.

Aku kini pelajar perubatan tahun tiga.
Dengar kata, akan belajar diagnosis penyakit sahaja.
Adakah ini bermakna aku boleh bersuka ria?
Tolong tuhan! seriusly, aku sgt mudah alpa!!

Allah.. akhirnya hanya kepadaMU aku kembali.
Bantulah kami supaya thabat dengan tali ini.
Tolonglah kami supaya tabah menempuhi hari.
Tunjukilah kami supaya kami dapat membawa diri.

Terlalu banyak kelemahan insan ini. (~_~)
Terutama dalam mengurus masa sendiri.
Ya Allah kuatkan lah bahu yg memikul ini.
Supaya tak menyesal di kemudian hari.

Ohoii~~ akhirnya mengeluh lagi.
Mengeluh bukan bererti menyesali.
Tapi sekadar melepaskan beban dihati.

Ya Allah bimbinglah diriku ini.
Supaya layak menjadi salah seorang ahli firdausi.
Dalam fasa hidup yang kekal abadi.
Ameen ya 'aziz ya qawiy.

wallahua'lam.
All the best sume org!
All the best ipah!
May Allah bless..

19 Sept 2012

haloohalooooo

in the name of Allah.
 
nak update ape tak tahu...............................
saye rs sjak cuti ni, saye da bertukar.
bertukar jadi makhluq lain. 
makhluq yang hidup di planet berhujankan batu.
aiseyh. mengarut lagi.

kekok.
kekoknye nak membebel disini.

lebih enak rasenye membebel dgn Man,Dek Ah,Ipah, Hani n Jannah.
membebel pasal lepas makan x bsuh pinggan.
membebel pasal baju berbakul xsidai.
membebel pasal baju kotor lepak merata.
membebel pasal lepas makan xreti nak kemas meja.
bebel bebel bebel bebel.

ok. membebel lagi.
ruang ni.. macam dah tak berfungsi.
mungkin patut dilupuskan terus?
tapi.. nanti klau rindu macamne?
adoihh... pening mencari solusi.
lebih baek bace majalah solusi.
solusi plak cite pasal poligami..
okey.. tanpa sedar.. ak membebel lagi.

urghhh abaikan.. ini post mengarut.
wallahua'lam.

empat empat tekan2 xdapat..

in the name of Allah..

ini, dah lama tersimpan dlm draft box..
perkongsian drpd seorang shbt,

Petua Imam Syafi'e....

Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
 

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI
    ~Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' n
 AHLI IBADAH
    ~Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
    ~Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
    ~Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



sekadar perkongsian yilmoo :)

Wallahua'lam..

27 May 2012

2Dekad 1Tahun 9Bulan 10Hari

In the name of ALLAH..

alhamdulillah, thumma alhamdulillah, thummah alhamdulillahi rabb al-'alameen.

21tahun.
Allahuakbar..
21 tahun dah aku hidup kat BUMI ALLAH ni.
selama 21 tahun nie..
aku tak tahu apa sumbangan aku
yang akan tersenarai kat akhirat kelak.
solat pon tunggang langgang.
quran pon x konsisten.
dakwah... ehem.. ntahlaa.

klau Sultan Muhammad alfateh
pada ketika umur beliau 21 tahun,
dia berjaya menakluk kota Konstantinopal.
dia berjaya jadi jadi sebaik2 raja,
yang memimpin sebaik2 tentera!
Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah
meninggalkan solat wajib,
tahajud & rawatib sejak baligh
hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

ALLAHUAKBAR!!
jauhnya aku dan dia.
ya Allah..
aku mahu jadi seperti dia.

mustahil untuk jadi sebaik2 raja,
jadikanlah aku seorang anak, isteri dan ibu yang solehah.
mustahil untuk menakluk kota,
bantulah aku menakluk hati2 mad'u dgn islam.
mustahil untuk putar semula masa lampau,
bantulah aku menggunakan masa2 tersisa dgn sebaik2nya.

ya Allah.. engkau lah yang paling tahu apa yang
terkandung dalam seketul daging ini..
engkaulah yang paling tahu apa yang terbaek untukku,
engkaulah penentu segala2nya.
kerana Engkau Penciptaku dan aku milikMu..

Aku mahu tergolong dalam golongan beruntung.
Aku mahu husnul khatimah.
Aku mahu berjumpa Rasulullah..
dan aku mahu mengecapi nikmat tak putus2 di SYURGA mu ya rabbiy..

bantulah kami, tolonglah kami, dan rahmatilah kami..
sesungguhnya engkaulah penolong kami..

Ameen ya Rabb al-'alameen..

hehe terimakasih 'anda' dan 'awak'.
sangat sweet.. :)
baru paham perasaan kene pilih hadiah seniri. :D
i.Allah, moge masa saya lebih terurus selepas ni..
ALLAH bless both of you. ameen.

13 Apr 2012

OtoMeN TaRo BerTuKaRrrr!!!

in the name of Allah..
*:) berusaha untuk terus istiqamah.*


senangkah? terlalu mudahkah untuk berubah?
tak,, berubah itu bukan sahaja susah, malah ammmmmmmaatttla payah.
terutama berubah kearah kebaikan.


yeke? sure?
tak. bagi aku, berubah tu senang.. petik jari je!
cuma, yang susahnya, untuk terus istiqamah..


analogi nya, macam tanam pokok.
senang aje.. ambil biji benih, tanah, pasu, air siket.. gaul sebati..
untuk hasil lebih efektif,
letak pasu bawah cahaya matahari.
ok done.
esoknya bangun, boleh melompat kegembiraan bersuka ria
sebab pokok yang ditanam da berbuah.
macam tu ka? mustahil.


samalah macam kita.
mustahil untuk berubah sekelip mata.
berubah adalah satu proses.. yang panjang lagi berpanjangan.


ok balek pada menanam pokok tadi,
lepas dah digaul sebati,
kite kene rajin siram pokok dari hari ke hari.
benih akan mula bercambah..
dah bercambah, keep on belai dgn penuh kasih cinta dan sayang..
bagi air n nutrient yg cukup untuk pokok kita berfotosintesis.
tak lama selepas itu,
pem'batang'an akan berlaku.
diikuti pem'bunga'an dan akhir nya, pem'buah'an.


kalau anda cuma ambil pasu + tanah + tanah + sedikit air + biar tanpa pantauan,
kompem pem'buah'an x berlaku..
bukan setakat x keluar buah,
ntah2 benih pon segan silu nak bercambah,
apatah lagi nak berbuah.....


sama bukan?
kalau hanya membuat langkah pertama untuk berubah,
tanpa ada follow-ups, ape gunanya.. *bila nak rasa buahnya?.
Allah x menilai permulaan, juga x menilai pengakhiran,
tapi Allah menilai ape yang ade diantara kedua-dua nya.


hape bendenya? that's what we call ISTIQAMAH. :)
istiqamah untuk mengekalkan ape yg telah diubah.
maintain untuk buat langkah seterusnya, selepas langkah pertama td.
konsisten untuk siram biji benih yang telah digaul sebati tadi.


susah ke nak istiqamah?
tepuk dada, tanya iman..
"iman2, hang ada kat tingkat mana la ni?"


kalau iman anda jawab : " aku dok di tingkat dua ni..
 xleh nak naek lift.. lift penuh"
*terbayang lift kat kolej asek penoh.
maka jawapannya : susa gile weyhhhh! ko ingat ape? mcm buat megi? o_O


kalau iman anda jawab : " owhh! ak kat dlm lift ni.. 
dah nak sampai ke tingkat 106 *over "
maka jawapannya : senang jee.. ataupon KACANG gilerrr!!!


so basically,
susah ke senang, depends on tingkat mana iman kita..
iman kita ni pulak, kadang2 senipis kulit bawang..
kadang2 setebal buku Medicine Davidson. o..O


senangkata, iman kita 'Yazid wa yanquz.'
bertambah dan berkurang. nipis dan tebal. tinggi dan rendah... *err.
turun naek iman ni pulak,
berkait rapat lagi kamcing dengan hati manusia itu sendiri


dan sifat hati ni pulak, senang sangat dibolak-balikkan.
sampai ade yang menganalogikan hati ni,
dgn air yg sedang menggelegak.. ?? *dahi berkerut.


'bolak balik hati manusia ni, lebih hebat dari air yang sedang menggelegak'
*terbayang cerek tok / tok wan di kampung.
sriiiiiiittttttttttttttttttttttttt... bunyi cerek menjerit minta ditutup api.


ok.mengarut.

erm. macamni.
cube bayangkan, air yang sedang menggelegak.
pada permukaan air tu, ade buih2 *blob2 yang terhasil.

boleh anda nyatakan,..
buih tu besar atau kecil?
bulatkah? *ade buih 4segi ke kak?
rapat2 kah? bertindihkah?

haaa.. susah nak describe kan?
kejap ade, kejap xde.
kejap besar, kejap comel.
kejap bertindih, kejap single.
kejap meletop, kejap cool n steady.
dalam kata mudah nya, xtetap.

so, hati manusia lebih dasyat drpd air yang menggelegak.
wah! dlm sedetik masa boleh jadi baek,' juruh', dan sopan santun.
dalam sedetik masa juga, boleh tumbuh EKOR dan TANDUK. *evil laugh

Subhanallah.

ape patut kite buat dlm usaha untuk terus ISTIQAMAH?
pastikan anda selalu bersama kawan2 seplatun yang baek & da bomb!
sama2 saling berpesan2 dgn kebenaran dan sabar. *surah al-asr
ijlis binaa nu'min saa'ah.

percayalah.. suasana sangat mempengaruhi individu.
baek secara dalaman atau luaran.
keep on mingle ngan orang2 osem untuk create suasana yang da bomb.

~_~ : kenapa kene sama2? tanaklah. nanti sume orang kutuk n perli2 aku.
daripada semangat berkobar gilang gemilang,,,
teros tercantas mati, terkulai sepi *ewah.

haha. kalau anda rase kuat untuk berlari seorang diri,
teruskan, takde masalah. x de sape yang berhak menghalang.
Cumanya, perlu diingatkan, bahawa jalan kearah kebaikan ni,
bukan satu jalan yang dibentang permaidani baldu merah dihiasi bunga bungaan segar bugar ditepi2nya, ditambah pula berbumbung dan ber'aircond'. bukan.

jalan ini, dihamparkan dgn bara api,
ditepi2nya dihiasi duri2 tajam dan
berbumbungkan terik panas mentari
yang bisa menerbitkan keringat jantan! *pergh.

suasana dan kawan2 da bomb inilah yang sebenarnya
bertindak sebagai protector, doctor, and supporter dalam perjuangan ini.
yeah! ok sekarang, anda pilih. pilihan ditangan anda. :)

so, jom!
hand in hand, shoulder to shoulder,
in one saff, we unite.

*eh? haha iklan sat..

Jom sama2 MUJAHADAH dalam ISTIQAMAH.

yeah.. moge dapat manfaat.
mungkin ade unsur 'exagerration' dlm post kali ni..
salah silap harap dpt sama2 tegur..

yang baek dtg dari ALLAH,
yang buruk juga dari ALLAH,
tapi disandarkan pada diri yang hina ini...
buang yang keruh,
ambillah mana2 mutiara .. *kalau ade

*sama2 berusaha ke arah REDHANYA*

akhir kalam..
membuat keputusan untuk berubah, bukan senang..
apatah lagi untuk Istiqamah..
tapi, ingatlah 3Cs of life..

"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum,
kecuali kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya."

wallahua'lam. :)
moge Allah redho.


5 Jan 2012

Bicara di depan Cermin.

in the name of Allah..


pada suatu hari yg hening...


Aku : so camne? ok?


DS : ermm tak tahu.. malas ah nak ingat dah lepas dah la.. eh! nak tahu tak, smalam aku mimpi. mimpi yg sgt ridiculous! macam ni..


Aku : saja ubah topic kan? takde2. citer gak, cmne exam td? bole jwb x?


DS : ermm.. fine, bnyak silly mistake yg aku wat. pastu hilang ingatan ttg nama drugs, pastu2.. alaa... ilek ahh! 1% je kott!


Aku : amboi3.. senangnye ckp. 1% ke, 2% ke, 0.5% ke, itu tetap markah. klau kau tu GENIUS tahap Albert Einstine *xreti eja. tu xpe gak nak pulun final nnt.. haa elok la,,, buatlah perangai, hancurkan sume carry marks. aku pon teringin jgak nak tgok keGENIUSan kau tu.


DS : amboi hang.. perli baek punya.. klau ak genius mcm albert einstine, xyah la ak susah2 dtg INDIA ni oi... baek ak jadi professor mcm Adi Putra tu.. ngahaha..


Aku : =,,= ....


DS : masalahnya, ak dah baca kot! aku tido 4jam je taw! kau ape tahu?! membebel je.. bising ah.


Aku : ok. fine. kau dah baca, bape kali ko bace?


DS : .............


Aku : ak tanya ni, ko khatam topic tu bape kali?


DS : sekali suda.. mana sempat nak baca ulang2... ni pon bnyak ak skip,, xcover..


Aku : heish... DS, DS... sampai bile nak buat perangai cmni ni.. klau anugerah MR LAST MINUTES tu mmg x de org laen, mmg kau lah yg paling layak.. ko x bosan ke? bg la org lain lak anugerah ni.. cukup2 lah tu.. lepaskan lah...


DS : wow! ssssss.. itu pedas bro! agak2 ah..


Aku : bila ak tolong peringat, kau kate ak MEMBEBEL. Pastu nnt dah nak final, kau jgak yg menggelabah x cukup tanah, ngadu ngan aku, marah ngan aku, menyesal xtentu pasal, sumelah...


DS : ...................


Aku : aku bkan nak sgt pon membebel kat kau.. ak pon tahu betapa menyampahnye kene dgr org bebel.. aku bukan apa...aku penat. aku penat nak tgok kau nangis lagi dpan ak. aku penat nak tahan perasaan sedih dlm jiwa ni, bila tgok kau gagal, n ak x leh nak bantu ape2. Aku xnak bile kau sedih lagi, aku kesal ngan diri sendiri sbb x nasihat kau dari awal. Aku dah serik dgn rasa tu..


DS : *tunduk*


Aku : mmg, klau ak nasihat, sehari dua je berkobar semangat kau. dah lepas2 tu, same things happen again n again.. knapa kau mcmni? kau..... x teringin nak berjaya ke?


DS : bukan...


Aku : kau suka tgok mak ayah sedih?


DS : tak.


Aku : owhh!! kau kan budak scholar, seronok la tgok duet rakyat mengalir ntuk kau, smpai lupe teros tanggungjawab?


DS : bukanlahhh!! kau ni boleh senyap x?!!


Aku : see! tgok lah respond kau..ok, sume yg aku ckp salah. than apa? kenapa sikap kau mcmni?


DS : aku... aku rasa.. aku rasa aku x mampu..


Aku : ?? xmampu??


DS : aku rasa x mampu nak kejar sume bende. aku rase down. kadang2 aku pk, btul ke ak tercampak kat sini? atau, org yg salah pilih aku? aku ni dah la lambat pickup, bile lecture class, akula yg paling blur. bila lecturer soal, yg terkebil2 tu, akulah tu.. yg siap kerja paling lambat pon aku jugak.. aku,aku,aku....


Aku : *geleng kepala. kau bangun gi amek Quran kat rak tu jap.


bukak surah 2, ayat 214.


baca. baca kuat2 siket biar satu rumah dengar..


DS : bismillah..
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? ......"
Aku : lagi satu, surah sama, ayat 268

DS :  
 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya....."
Aku : sodaqallahu al-'azim.
dengar sini.. dengar elok2. hidup kita ni, takkan pernah terlepas dari ujian.. rasa xmampu, rasa down, rasa gelisah, rasa xtentu arah, semua tu UJIAN.

kau patut bersyukur Allah uji dari sudut tu.. if kau tgok org lain, ade yg diuji dgn kesenangan, kekayaan, keseronokkan... kau.. kau xrase kau untung ke?

untung yg sgt2 untung. sbb dgn ujian2 ni, Allah nak kau semakin rapat ngan dia.

DS : huh??

Aku : ok kite tgok satu2. setiap kali kau belajar, kau kata kau lambat pickup..ko x sedar ke Allah sengaja nak bg pahala SABAR kat kau?

kau selalu terkebil2 dlm kelas, kau x sedar ke Allah nak kau revise topic tu kat umah, so that lebih melekat dlm otak 'einstine' kau tu.. n kat situ, klau kau niat betul,, itu ibadah.. pahala masuk lagi..

siap kerja paling lambat? kau patut bersyukur kau berjaya siapkan. kat situ, Allah nk test SYUKUR kau.

tgokk! DIA sengaja PERMUDAHKAN pahala kau.

tapi kau.. kau sedar x?? kau pernah terfikir x?

DS : *tunduk

Aku : aku paham ape yg kau fikirkan skrg.. take a second.. berfikirlah, bermuhasabahlah..
setiap kali diuji, jgn minta diringankan ujian, tapi.. mintalah dikurniakan BAHU yg KUAT,, sebab bila UJIAN yg lebih BERAT menimpa, bahu itu masih n sentiasa larat untuk memikul..

DS : tapi... kenapa aku rase.. kenapa aku rasa ALLAH x sayang aku? kkenapa aku rase.. ALLAH jauh...??

Aku : jwpan soalan cepu cemas kau tu ade dlm tuh.. *tunjuk Quran
albaqarah, ayat 186.

“ APABILA HAMBAKU BERTANYA TENTANG KU, MAKA ( JAWABLAH ) BAHWASANYA AKU ADALAH DEKAT, AKU MEMPERKENAN ORANG YANG BERDOA.”

Allah xpernah jauh.. kau je yg xmendekat.
ingat, Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu sendiri tidak mengubahnya..

and ALLAH itu maha berkuasa lagi maha menerima taubat.

ALLAH never say no..  NEVER EVER

DS : .........

Aku : sekarang, kau renung diri kau dlm2.. tanye diri kau.
cukupkah usaha kau?
mantapkah doa kau?
sempurnakah tawakkal kau?
mana hilang keyakinan kau?
layak kah KEJAYAAN itu untuk kau??
fikirkanlah...

-wallahua'lam-

AKHIR KALAM : kite semua ada 2 masa muda..
korbankan masa muda yg sementara,
untuk masa muda yg selamanya..

moge dpt manfaat.
May ALLAH bless. :)

DS : dirisenirilasapelagi.