28 Sept 2012

Sarang-Hey!

in the name of Allah.

Assalamualaikum!!

woh! da naek berhantu da blog ak nie..
setahun sekali je ade post baru.
Asal post baru je, mesti dah dekat2 nak balik India.
hadoih.. phemalas.

nway! haha. lagi dua hari je tinggal.
after dat, da kene kembangkan sayap, balek ke 'sarang' semula.

ow man. sgt la malas.
Kene prepare mentally n physically nk balik sarang nih.
Sarang yang menyimpan banyak taklifat.

Arghhhhhhh!! batin menjerit.
Menjerit, memujuk supaya jangan balik ke sarang itu.
Sarang yang menyimpan seribu satu perkara.
Perkara2 yang bakal memberatkan kepala.

Hadoih.. akal mengeluh.
Mengeluh, sedar akan perlunya pulang ke sarang.
Kepulangan itu bukan sekadar satu keperluan.
Tapi ianya satu kewajiban.
Kewajiban yang bakal menjamin masa depan.

Ternyata akal ku masih waras.
Terima kasih kerana tidak biarkan aku tewas.
Tewas dikalahkan nafsu yang kian membuas.
Yang tak pernah kenal erti lelah dan puas.

Wahai diriku yang sering alpa.
Tolonglah sedar, tanggungjawab kau kat sana.
Bukan sekadar belajar semata.
Dakwah dan tarbiyah tolonglah jgn lupa.

Aku kini pelajar perubatan tahun tiga.
Dengar kata, akan belajar diagnosis penyakit sahaja.
Adakah ini bermakna aku boleh bersuka ria?
Tolong tuhan! seriusly, aku sgt mudah alpa!!

Allah.. akhirnya hanya kepadaMU aku kembali.
Bantulah kami supaya thabat dengan tali ini.
Tolonglah kami supaya tabah menempuhi hari.
Tunjukilah kami supaya kami dapat membawa diri.

Terlalu banyak kelemahan insan ini. (~_~)
Terutama dalam mengurus masa sendiri.
Ya Allah kuatkan lah bahu yg memikul ini.
Supaya tak menyesal di kemudian hari.

Ohoii~~ akhirnya mengeluh lagi.
Mengeluh bukan bererti menyesali.
Tapi sekadar melepaskan beban dihati.

Ya Allah bimbinglah diriku ini.
Supaya layak menjadi salah seorang ahli firdausi.
Dalam fasa hidup yang kekal abadi.
Ameen ya 'aziz ya qawiy.

wallahua'lam.
All the best sume org!
All the best ipah!
May Allah bless..

19 Sept 2012

haloohalooooo

in the name of Allah.
 
nak update ape tak tahu...............................
saye rs sjak cuti ni, saye da bertukar.
bertukar jadi makhluq lain. 
makhluq yang hidup di planet berhujankan batu.
aiseyh. mengarut lagi.

kekok.
kekoknye nak membebel disini.

lebih enak rasenye membebel dgn Man,Dek Ah,Ipah, Hani n Jannah.
membebel pasal lepas makan x bsuh pinggan.
membebel pasal baju berbakul xsidai.
membebel pasal baju kotor lepak merata.
membebel pasal lepas makan xreti nak kemas meja.
bebel bebel bebel bebel.

ok. membebel lagi.
ruang ni.. macam dah tak berfungsi.
mungkin patut dilupuskan terus?
tapi.. nanti klau rindu macamne?
adoihh... pening mencari solusi.
lebih baek bace majalah solusi.
solusi plak cite pasal poligami..
okey.. tanpa sedar.. ak membebel lagi.

urghhh abaikan.. ini post mengarut.
wallahua'lam.

empat empat tekan2 xdapat..

in the name of Allah..

ini, dah lama tersimpan dlm draft box..
perkongsian drpd seorang shbt,

Petua Imam Syafi'e....

Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
 

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI
    ~Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' n
 AHLI IBADAH
    ~Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
    ~Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
    ~Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



sekadar perkongsian yilmoo :)

Wallahua'lam..