17 Apr 2010

ShaRk vs JaPaNeSe

In The name of ALLAH..

=) :: senyumlah pada semua org, semoga senyumanmu menjadi penyebab untuk org laen senyum juga!!::

hehe.. hari ni HARI JUMAAT..
saya sgt suke hari jumaat..
BUKAN sbb kelas smpai petang,


bukan sbb ktrg kene tunggu lama sementara BOYS solat JUMAAT,


n bukan juga sebab saya boleh balek KAJANG..

its bcoz of "-------------" hehe hanya yang BIJAK je yang tahu.. hehe.. [kepoyoan berlaku dicituh]

ok2.. sbgai menyahut seruan blogger yang menamakan blognye "Weapon of Words"
saya nak mengurangkan kemerepekan dalam blog.. =)

td.. bru je abes bace blog Sab..
pasal sushi.. haha.. makanan kegemaran jepon..
ttbe teringat satu cerita..

so today, i would like to tell u a story..

the story is about JAPANESE and FISHES..


as we all known, Japanese like to eat SUSHI.
Sushi is made from ikan mentah kan??
so, ramaila nelayan berebut nak bwk naik ikan2 segar .... tp!

kawasan perairan yang dkat ngan pantai dah penuh ngan nelayan bot kecil2..
so, sesak laa.. susah nk dpt ikan..
ade la nelayan laen yang amek keputusan ..
untuk pergi jauh ketengah laut untuk dapatkan ikan..

the problem is, bila dah ke tgh laut,
it takes days to reach the shore..
so, the fishes aren't in good quality anymore..
bak kata JAWAnye, dah x FRESH la kan..
bila jual pon x LAKU..

Nelayan2 bot besar ni pon fikirla..
"macamne nak bagi ikan2 ni sntiasa dalam keadaan segar??"

fikir punya fikir,
1st method muncul..

1st method used :: place the fishes in the freezer..
result :: failed! the fishes died n still not fresh. isi keras tp bila dah x sejuk, isi2 ikan jadi lembik..

2 nd method used :: place the fishes in a big tank.
result :: failed! although the fishes are still alive, the flesh arent so fresh, because the fishes arent swim actively.

lepas fikir punya fikir...
kajian n investigation dah dibuat..
setiap aspek diukur an diambil kira..
then, they found third method..

3 rd method used :: place the fishes in a big tank together with a shark.
result :: SuCCeeD! the fishes swim actively and the freshness makes them to be sold until the peak. [hoho ape ayat ni?? muahahaha lantak laa!!]

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

The Moral Of The Story..

ok! skarang, the SHARK diibaratkan dengan UJIAN n DUGAAN.. tanpa ujian n dugaan kite x tahu ape kualiti kita.. with ujian kita dapat membentuk diri kita jadi lagi bagus.. kite tahu potensi kite..

Ujian akan membentuk diri,
ujian akan melatih emosi,
dan ujian akan membina jati diri..

so, hadapi ujian dgn tabah spy dapat ISLAHKAN diri,
n jadilah orang yang hebat + disukai mcm ikan2 td.. =)

k! that's all yang saya nak kongsi buat masa ni...
moge ada yang bermanfaat..

wallahua'lam..
ALLAH BLESS US..

10 Apr 2010

JanJi?

in the name of ALLAH..
satu pagi, mata dibuka..
owh!! sakitnye telinga!
earphone yang smalam dgr radio IKIM x tanggal lagi..
minda fokus..
pkul 3 pagi nih..
radio tgh keudara prog ape??

gegendang menginterpretasi satu alunan harmoni...
menyentuh hati..
membuai perasaan tika ini..
ntah kenapa, sgt menusuk..

NASHID:: MeNaNgiSLaH di BaHu Ku..

kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia


menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)

by::Firdaus
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

x boleh nangis!
janji dah dipateri!
aku punya jiwa KENTAL!
jgn LEMAH!

wallahua'lam.
HATIKU UNTUKMU

8 Apr 2010

uDanG TeRbAnG!!

in the name of Allah..

[prolog]

"Kerja kat sini BEST! dapat tgok Udang terbang!! hahaha"

begitulah kata2 abang CERIA yang bagiku, amatla menusuk hati, menggeletek tangkai jantung, meledakkan ketawa terbahak2 sambil darah merah dalam setiap vena berlari laju menyerbu muka...



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

hari menginjak ke malam..
matahari semakin tak kelihatan...
langit kemerah-merahan..

"oklah, sampai sini je, perjumpaan kali ni, inshaAllah, klau ade jodoh, kite jumpe lagi.."

majlis ditutup dgn tasbih kafarah n surah Al-'Asr... mohon, moge2 majlis diberkati..
kelihatan ramai kanak2 ribena students MARA keluar daripada pintu surau MAIS,
dan berebut2 untuk naik lif.

aku, Eyzzah n Hajar jalan beriringan. Perut berlagu minta diisi..

"Eyzzah, kalau makan dlu, sempat tak b4 azan maghrib??" aku mengira2..

"inshaAllah, sempat je.. jom!"

setelah timbang tara, CERIA sentiasa mendapat TEMPAT PERTAMA.. tempat duduk bahagian depan kaunter jadi pilihan..

"char kuey teow 2, nasi putih n paprik ayam satu... air...teh o ais, teh o ais limau, n air suam.."

beberapa minit masa berlalu, char kuey teow tiba... kecur liur. Sambil diiringi tayangan TV3, kami menjamu selera.. tiba2,,,

"ALLAHUAKBAR 2x....."

"alamak! azan dah ni!......." hatiku mendesis.. kene cepat nih!...

kunyahan dipercepat.. hampir saja lidah sendiri di gigit.. grrr.. char kuey teow yang tadinya begitu menggamit ibarat hilang rasa.. fokusku sekarang, ingin habiskan secepatnya, dan naik untuk solat..

suasana sepi........... semua khusyu' nak habiskan makanan masing2.



Char kuey teow ku tinggal separuh.. dua ekor udang yang turut menjadi ramuan belum disentuh..
"ahh! baek ak makan udang nih dulu.." hatiku berbisik sendiri.

tup tap.. tup tap.. seekor dah setel, tinggal lagi seekor..
sedang aku struggle membuang kepala SANG UDANG yang sememangnya keras kepala, mata melilau..

tibe-tibe....

"keteprangggg! kedebek! ktang kting!"
bunyi sudu dan garfu berlaga berdenting, seiring dengan bunyi hentakan kuat ke atas pinggan..

"eh heh!! .........huh~" bunyi abang CERIA sorang tu.. sambil mengurut2 dadanya..

"ohoh! RELAX kak, RELAX!..." katanya lagi sambil kedua belah tangannya diangkat mendepan.

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
MALU tahap giga + Cimpanzi laa!! huhu..

hangpa taw dak apadah jadi??

huhu.. rupe2 nye, KEPALA UDANG yang aku try buang tu, terpelanting kearahnya.. haha... MUJUR aja, dia CEKAP mengelak!

ya Allah! malu la yang amat!!! darah menyerbu ke muka.. rasa nak nyorok bawah meja pon ade! tak tipu!

HAJAR n EYZZAH yang tengah khusyu' makan, semakin menunduk.. malu!! huhu.. x tahan! tawa kami pecah jua akhirnya.. senak perut dibuatnya..

"Kerja kat sini BEST! dapat tgok Udang terbang!!"


begitulah kata2 abang CERIA yang bagiku, amatla menusuk hati, menggeletek tangkai jantung, meledakkan ketawa terbahak2 sambil darah merah dalam setiap vena berlari laju ke arah muka... adoyai..~

malunye tak terkata... 'UDANG TERBANG'? ish..ish..

seleraku mati serta merta.. namun, memandangkan Eyzzah masih blom habis makan, terpksa tunggu juga..

kuey teow dipingganku yang masih bersisa ku kuis2..

"makan jelah dik, jgn ketawa sangat, nnt tersedak. xpe, xde org nmpk, abg je yg nmpak.."

haha.. incik abang ni pon satu.. x boleh ke kalau dy x ungkit2.. huhu.. asal dia ungkit aja, ak n eyzzah x dpt tahan tawa.. ketawa, ketawa n ketawa lagi.. merah muka Eyzzah dibuatnya..

abes kotor tudung... meja yang kami duduk pon, hampir separuh telah dicemari kuah char kuey teow.. ish2... ni kalau makan dpan mak mentua camni ni, mmg laa.. bukan setakat REJECT trus BLACK LISTED kot!!

huhu...begitulah ceritaku.. yang xbrapa menarik, tp ttp ak nak tulis.. sbb ni kan bog ak! hehe..

moral of the story,
walau dalam apa keadaan pon.. udang terbang ke, gajah berenang ke, elephant menyanyi lagu jangan nakal ke, solat mesti diutamakan... TP! pernah dgr x,

"x bermakna solat seseorang, bila makanan dah terhidang"

so, klau tgah makan tu, bile dgr azan, jgn lah gelabah.. jgn gopoh macam saya ... islam kan suka pada sederhana.. so, xyah cepat2 sgt, tp jgn terlalu LEMBAP pulak.. pandai2 lah.. ape gune otak kan? hurmm..

thanx sudi bc post kali ni yg tahpape..

moge ade yg bermanfaat..
wallahua'lam..
MOGE ALLAH REDHO..

6 Apr 2010

IsTiKhaRah

in the name of ALLAH..

today, i would like to share sumthing that..
4 me, it is very useful n vital in our daily life...


its about ISTIKHARAH..

mana yang terbaik? SI DIA atau SI DIA??
persoalan lazim remaja::

"bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak?"

"lepas istikharah mesti nampak dalam mimpi ke?"

"saya takutlah nak buat istikharah.. takut nanti nampak apa yang saya x berkenan.."

haha.. REMAJA lah katekan.. sebut istikharah je, mesti teringat pasal jodoh..
cakap istikharah je, mesti terimbau si dia yang ade kat 'sana'..
cakap istikharah je, mesti pikir kearah cintan-cintun ..

hehe.. tak salah kite doa yang terbaek untuk jodoh kite kan??
hehe...saye tawla kan~ sbb sy pon remaja.. muahahaha..

today, sy nak luaskan skop ISTIKHARAH, dlm erti kata sebenar...

APA ITU ISTIKHARAH?
-istikharah is a doa dalam m'buat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat disertakan dengan doa.

solat ini act, bukanlah dilakukan untuk memilih jodoh semata2 tapi dalam ape2 urusan yang m'buatkan kite dilema, berbolak-balik, tertolak-tarik, terkiri-kanan.... haa.. mcm2 laa..

contohnye la kan, ermm bile da dapat lesen nnt kan,
nak beli kreta Merc or BMW or mungkin FERRARI ke..

haaa.. x pon, dalam hal nak pilih kos..
nak medic or pharmacy? or myb dentistry or optometry??

hurmmm ataupon, dalam hal nak pilih negara mana nak further degree?
POLAND? [waaah!] REPUBLIC CHEZCH? [fewwwiiiiiit!]
INDIA? [yeah!! tiap hari mkn roti.] INDONESIA? or LONDON??

hurmm.. banyak lagi contoh dy, tp tak terpk lak saat ni.. =)
papepon, SERAHKAN kepada ALLAH dalam
membuat pilihan yg terbaek dgn istikharah n musyawarah..

lagi satu, masa kite buat istikharah tu, kita mesti dalam keadaan neutral..
bukan acid, bukan alkali, tp NEUTRAL...

neutral kat sini mean, kite jgn memberatkan kepada salah satu pilihan kite tu,
serahkan sebulat2 nya kepadaNya..
huhu paham ke ni?? klau x pham tanye ustaz HERZALI k! wahaha

PETUNJUK ISTIKHARAH
-petunujuk bg istikharah kita, x semestinya dalam bentuk mimpi.

boleh jadi jugak, ianya hadir dalam ketenangan hati kite terhadap sesuatu bende..

bila lepas istikharah, + discuss + diteguhkan pendirian = dipermudahkan jalan, ini pon petunjuk gak..

RASULULLAH s.a.w. bersabda.. (mafhumnya)::

"salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah 
beristikharah kpd ALLAH dan 
redha dgn ape yang ditentukan kepadanya. 
Manakala keburukan anak Adam ialah 
meninggalkan istikharah dan 
membenci apa yang telah ditentukan kepadanya."

sebagai PENUTUP, 
ingin saya kongsikan DOA ISTIKHARAH bersama anda semua..
[moge ISTIQAMAH!]

Bismillahirrahmaanirrahiim..

"ya ALLAH ya TUHANKU.. sesungguhnya aku memohon penentuanMU yang baik dengan ILMU dan penetapanMU dengan kekuasaanMU, dan aku memohon dengan keutamaanMU yang MAHA AGUNG kerana sesungguhnya, ENGKAUlah yang BERKUASA sedang aku TIDAK BERKUASA, Engkaulah yang mengetahui (segala sesuatu) sedang aku tidak mengetahui, dan sesungguhnya  Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. 

ya ALLAH ya TUHANKU, sekiranya Engkau mengtahui bahawa "_______________" [sebutkan perkara yang dihajati] adalah baik bagi diriku, agamaku, hidupku, duniaku, ataupun natijah urusan hidupku, (jangka masa terdekat atau jangka masa panjang), maka, takdirkanlah ia kepadaku serta permudahkan dan berkatilah bagiku pada perkara itu... namun, SEKIRANYA Engkau mengetahui bahawa perkara perkara ini buruk bagiku, agamaku, hidupku, duniaku, ataupun natijah urusan hidupku (jangka masa terdekat ataupun jangka masa panjang) maka jauhkan daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah bagiku yang baik sahaja bagiku di mana-mana pun, dan REDHAKANLAH3x aku dengannya."

~ameeen ya RABB al'alaminnn..~

selingan:: Rasulullah turut bersabda "HENDAKLAH DIA MENYEBUT HAJATNYA"

=) doa ni sebagai panduan.. kalau nak yang bahasa arab punye, 
ade je.. google ye! [jgn MALAS!]hehe..  

jgn lah bace je doa ni, tanpa ade rs kat hati..hadam n dalami btol2..
kalau ade doa sendiri, lagi bgos!

k! MOGE KITA TERUS ISTIQAMAH!

akhir kata, JODOH itu, telah ditetapkan,
bezanya, sama ada kita dapatkannya 
dgn cara MULIA atau sebaliknya..

copied [and edit siket2] from MAJALAH SOLUSI
ISU 14, ruangan REMAJA by FATIMAH SYARHA NOORDIN.

wallahua'lam..
MOGE TROS MUJAHADAH DALAM ISTIQAMAH!

4 Apr 2010

KaCanG oH HiJau.. wAhaHaha

in the name of ALLAH..
just nak share gamba menarik nih..
hahaha..
sape dah tengok, sile komen ye..
wahahahahahah..
agak2 kat mane hidupan ni di biak???

disuatu pagi yang hening... bangun2 je, tgok2 dah ad hidupan ni....
biar benar ape yang ak tgok ni... apekebende ni??


closer view... huh?? macam dah boleh dikenalpasti..
makhluq ni memerlukan cahaya, air dan oxygen untuk proses photosynthesis..


yeah!! anda rupenye wahai si kacang hijau!
kenapa anda mcm dah 'berekor'?? [berakar la cikmek!]

wahahahahahaha.. gelak tergolek2 la kitorang pagi tu...
kahkahkah.. INSIDEN 'menyayat hati' ini telah berlaku
di salah sebuah rumah di bangunan MAIS di seksyen 2 shah alam..
insiden ini telah direkod dibawah akta bla bla bla... [ape la ak ngarut nih! haigh!]

tak.. ekceli, ingat tak, saya ade story, yang kitorang serumah pegi bookfair tu kan??
haaa... b4 gi sana, ade la antara ahli2 ktrg yang berniat baek,
nak buat bubur kacang ijaw untuk semua budak2 MARA...
b4 gi PWTC tu, dy rendam lah kacang2 ijau ni,
planning nye, nak buat bubur kacang ijaw malam tu la konon..
haaa.. formula kacang ijau sape dy amek pon sy tataw laa..
hahaha... ah! sambung cite..

then, malam around 11.45 baru sampai umah..
punye la phenat tahap ape.. rase cam nak tercabut smue organ2...
kepenatan yang memang melampaui hak asasi manusia laa [over la tu..]..

then, kacang yang telah direndam dilupakan, diabaikan, dibiarkan terkapai2 dalam rendaman air berklorin...

kami sume lena dibuai mimpi indah diatas tilam x berkualiti mais,
sementara..
kekacang2 di dapur tengah struggle dalam rendaman air berklorin...

antara dialog2 yang boleh didengari ..

kacang 1:: urghhh!!! sampai hati kaw buat kitrg cmni !!

kacang 2:: isk! kaw ni kacang 1, tak baek laa.. dy bukan sengaja.. dy penat baru balek dari bukfair tuh! biarla dy rehat jap..

kacang 3:: oh!! kawan2! ak dah tak boleh bertahan! ak semakin sesak dan kembang!! kulit ku bagai disiat2! ade bahagian yang dah terkoyak ni! pedih!! arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!

kacang 2:: alamak! kacang 3! bertahan!! kuat kan hati!! cekalkan azam! jangan tewas!!

kacang 3:: arggggggggggggghh!! sahabat! ak tak tahan lagi.. andai ku tewas, ak mahu kalian teruskan perjuangan kita!

kacang 1:: ek ele.. kacang 3! kaw tak yah nak kunun laa... bukannya sakit mane pon.. setakat nak keluar akar... ak dah rase laaa...

kacang 2:: aik?? bile mase kaw rase kacang 1??

kacang 3:: haha.. alamak! terkantoi lak.. ingatkan korang x tumbuh akar lagi.. huhu.. akar ak dah panjang ni.. kejap lagi, mesti kulit ak tercabut..

kacang 1:: baru beberapa minit lepas, akar ak tumbuh.. x rase pape pon.. saket sikit2 tu biase laa..

^^^^^^^^^^THE END^^^^^^^^^^

sekian dulu kemengarutan yang melanda...

wahahaha.. itulah yang dah terjadi malam tu..
then, bile kitorang bangun pagi tu,
sume menjerit...
M_,_  _,_,H!!!!! (bukan nama sebenar)
kacang mu dah jadi ape dah ni!!
huhuhu.. itulah kisahnye....

mule tu, ingat nak biarkan je, biar jadi toge,
at least bole buat sayur makan ngan nasi,
tp bile ak pk2 balek, mcm membazer lah pulak!!!
banyangkan, about 1.5 kg ,,
takkan smuenye nak dibiak jd toge?? biar benar!
klau benar pon, huhu agak2 la wey..
takkan nak makan toge setiap ari kot..
huhuhuhu...(klau sdap x pe la ugak!!)

then.. i, mia n aja...
asing2 kan la kacang2 ni..
bak kata mia,

"kita asing kan kacang2 terpilih (tinggi kualiti) untuk buat bubur"

wahahahah.. alaaa.. mcm kat iklan NESCAFE tu...
'biji kopi terpilih'

ok2 dah... troskan.
haaaa... ni baru satu bekas...
ade lagi 3 bekas (dua bekas BESAR n satu bekas sederhana)

huhu.. seksa kot nak asing2 kan..
satu bekas je kitorang mampu..
so, buat bubur untuk umah kitrg je laa..
umah2 laen, buat bubur kacang merah..
huhu harap2 hangpa HALALKAN ye..
sbb kacang2 tu, hak bersama...
plizz..plizz..plizz...

ini rupa kacang2 yang kununnye nak dibiak jd toge..
dah jadi JACK N THE BEAN STALK dah..
[bak kata cik mek kecik hajar]

closer view... wahahah.. klau nak masak pon,
huhu.. mcm x brape nak selera jek nak makan..
hahahhaha..

kalau nak tahu cerita JACK N THE BEAN STALK selanjutnye,
boleh la rujuk mane2 ahli E1313.. [x termasuk PENULIS]
identiti tukang rendam kacang, di rahsiakan atas sebab2 tertentu..

ok lah.. sampai sini aje..
just nak share gamba2 menarik kat atas ni..
hahahhaa..

ok.. got to go..
klau ad yang terasa hati.. mintak dimaafkan..
sekadar perkongsian..
(ape yg dikongsi tah..)

wallahua'lam..
ALLAH BLESS US..

10 GoLoNgaN yG diLaKnaT....

in the name of ALLAH.. [the most in everything]

KAJANG, 3 APRIL:: ketika kami sekeluarga sedang asyik membeli-belah di pasaraya TESCO di Saujana Impian, Kajang, saya dan adik saya yang bernama SI BUSUK (bukan nama sebenar) dikejutkan dengan satu pandangan yang sangat menyakitkan mata, hati, berasap telinga, bergetap gigi, seterusnya menyebabkan satu reflex action, kening bercantum dan penumbuk dikepal kemas!. mula tu, kami x percaya dengan apa yang tepapar depan mata kepala ni, tapi setelah diteliti lagi sekali, memang sah! x leh nak dinafikan lagi... urghhh! sungguh menjijikkan! lantaran perasaan geram yang memuncak, SI BUSUK mencapai handset umi n snap a picture.. mule tu, abah larang, tapi kitorang degil.. tetap nak amek, at least satu gamba... there it is..


huhu.. x puas ati sbenarnye, sbb gamba dy x bape kualiti.. but.. tak kesah laa.. at least ada kan.. hurmmm nampak x ape bende gamba ni tunjuk? maybe x nampak.. sbb x bp jelas pon.. gamba ni, kitorang snap in front of satu kedai WINE ... smue air kencing setan atau nama timangannya arak ditempatkan kat sini.. yang saya nak ketengah kan kat sini, nampak x pekerja yang tgah scan harga2 arak tu?? nampak kan? dy pakai tudung kan? klau pakai tudung, bukan kah dah terang2 dy islam? n bukan kah dah terang2 dalam HADITH, riwayat IBNU MAJAH n ATTARMIDZI.... (mafhumnya) diriwayatkan daripada Anas, bahawa Rasulullah telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak,
1.Orang yang memerah
2.Orang yang meminta arak diperah untuknya
3.Orang yang meminumnya
4.Orang yang membawanya
5.Orang yang meminta dibawakan arak kepadanya
6.Orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7.Orang yang menjual arak
8.Orang yang mendapat hasil daripada arak
9.orang yang membeli arak
10.Orang yang meminta dibelikan arak kepadanya

adakah pekerja tu x tahu yang dia turut tergolong dalam 10 golongan ni?? kalau betul dia tak tahu pasal ni, takkan dia tak tahu arak adalah haram, n sapa yang menyumbang kepadanya juga akan dilaknat?? klau betullah dia memang x tahu pasal HARAMNYA arak, [padahal benda ni dah jelas lagi nyata dalam Quran n Hadith] bukankah sepatutnya tanggungjawab terletak kepada yang tahu? bukankah sapa yang tahu, HARUS[sy bukan mletakkan hukum disini, ini cuma pendapat sendiri] memberitahu kpd yang jahil?? ya Allah.. ampuni kami yaAllah.. terasa menyesal pula.. why not saya n SI BUSUK pergi jumpa ngan akk tu, and discuss siket pasal ni.. at least, klau dia tak tahu dy akan jadi tahu.. hurmmm.... inshaAllah, andai saya jumpa lagi, saya n SI BUSUK akan try approach them.. ya Allah!! ampuni kami! T_T sungguh! rasa RALAT betul..

tapi.. seandainya akk tu tahu tentang hakikat HARAMnya ARAK, [sy lebih suke kalau dy tak tahu] maka, saya rasa dia telah mengambil satu tindakan yang sangat B_D_H. Kenapa mesti kerja kat bahagian tu? dah x de bahagian lain kah? atau mungkin dia TERPAKSA? [huh! nonsence!] sepatutnya, dia as a muslim, lebih rela dipecat daripada menyumbang tenaga dalam penjualan arak tuh! dimanakah SENSITIVITI anda wahai MUSLIMAH! ingatlah...

MATLAMAT takkan sekali2 mengHALALkan CARA..

semua orang berusaha mencari rezqi.. bezanya, cara nak mendapat rezqi tu.. andai rezqi kita adlah dari sumber yang haram, [nauzubillah] kat akhirat akan ditanya, disoal dan dipertikai.. x takutkah kita dgn azab Allah?
~sama2 kite renung2 pikir2kan...~
Moge tergolong daripada hamba yang beriman..

wallahua'lam..
andai ada salah dan silap,
teguran dan nasihat amat dialu2 kan..
MOGA ALLAH REDHO