22 Nov 2012

Pakatan Axis. err?

in the name of Allah..
the most gracious, most merciful..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.
atas segala nikmat kurniaanNya.
dari sejak belum dilahirkan hingga hayat yang akan datang.
dari hujung kaki hingga hujung rambut.
dari ufuk timur hingga ufuk barat.
dari kerak bumi hingga seluruh cakerawala.
segalanya. semuanya. tak terkira bilangannya.
Maka.. nikmat tuhan yang manakah yang bisa kau dustakan?..

insyaAllah..
malam ni, nak share pasal boikot.
boikot yang sedang hangat dilancarkan.
dilancarkan bukan untuk kepentingan sendiri tapi kepentingan ummah.
ummah seagama.. seAqidah..
yang ditindas ditanah mereka sendiri.
atas satu sebab.. ISLAM.

owh! bukan. Itu bukan tanah MEREKA.
itu sebenarnya tanah KITA.
kita yang bersaksi dgn 2kalimah..
kita yang bersujud kepada Tuhan yang  Maha Esa..
kita yang bernama MUSLIM.
itu tanah kita..

jujur. satu masa dahulu.
aku bukan dlm pakatan ini.
pakatan yang memboikot sejumlah barangan..
barang2 yang dipercayai
menyumbang dalam penindasan xberperikemanusiaan.

untuk apa kau boikot2 ni?
stakat kau n pakatan axis je yang xbeli.
xmuflis pon syarikat tu. Rugi pon tak, muflis apatah lagi..
balik2 kau yang rugi.

makan je lahh..
pedulikan pakatan axis itu.
bukan kau guna duit dia pon nak beli.
beli pon untuk perut kau jgak.

satu barang ibarat menyumbang satu peluru?
yeke? murahnya.. xpercayalah..
isk kalau betul camne... aishh. serabut lahh.
xpayah fikirlah. hangkut, bayar. settle.

alamak.. xxxxxx pon kene boikot ke.
macam mana.. tu je syampu yang sesuai ngan rambut I..
ermm xpe2 pagi tadi I dah derma dah sikit..
beli aje lah.. nanti I pergi derma lagi banyak sikit..

alamak mahalnye brand nie.
yang murah ni kene boikot pulak..
ermm bukan xde duit, tp nak beli bende lain jgak..
xpe lah buat2 tak tahu je boleh x?

Allah...
macam-macam alasan.
pelbagai helah dan tipu daya
yang berjaya dibisik syaitan durjana.

dan kau pon berlapang dada menerima.
memekak kan telinga. membutakan mata.
xsedar itu perangkap si durjana.
xsedar? separa sedar? atau sedar tapi sekadar memejamkan mata?

entah. aku juga xpasti.
apa yang telah membutakan mata hati.
adakah dosaku terlalu menggunung tinggi
sehingga gila menurutkan nafsu sendiri

itu kisah satu masa dahulu.

kini aku lebih matang memimpin diri.
mungkin hati ini diketuk hidayah ilahi.
kata orang yang namanya 'Hidayah' itu bukan selalu mengunjungi.
khuatir andai itulah pertama dan terakhir kali..

mengambil ibrah dari kisah nabi.
yang dibakar hidup2 didalam api.
bukan hasil yang dihitung nanti.
tapi apa yang diusahakan oleh diri

melihat nabi Allah didalam api
burung kecil mula susah hati
dgn paruh yang sebesar jari
mencedok air kesana ke mari

dengan harapan satu masa nanti
api yang marak semakin kebumi

tenanglah... Allah menghitung usahamu
bukan kah DIA maha adil?

Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah,
niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah,
niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
 _Al-Zalzalah 7-8_


aku menyeru diri dan sahabat2.
mari kita berganding bahu bersilang tangan
menyertai pakatan axis ini
menyertai dengan sepenuh hati.

ingatlah sahabat sekalian..
bukan hasil yang akan dinilai
tapi usaha yang akan dihitung

andai disana nanti, kita ditanya..
Apa yang kau telah lakukan apabila mendapat tahu saudara seislam mu ditindas?
Apa jawapan anda?
apa jawapan tangan anda yang membayar?
apa jawapan perut anda yang menghadam?
apa jawapan rambut anda ?
apa jawapan kaki anda?

ketahuilah sahabat..
di sana nanti. semua anggota akan menjadi saksi.
tiada peluang untuk berdolak dalih lagi.
hanya sesalan yang tak henti henti.

Ya benar, orang-orang Palestin tak tahu pon kita menderma untuk mereka.
Mereka tidak tahu pon kita dok boikot2 segala.
Mereka tidak tahu pon kita terus-menerus panjatkan doa untuk mereka.
Ya, mereka mungkin tidak tahu...

Tapi ketahuilah, Allah tahu. Ya, Allah tahu!
Biar orang bneci, biar orang tak peduli,
biar orang pandang basi, yang penting Allah redhai!
Perjuangan akan tetap diteruskan sehingga mati!
 
Ayuh! _IG+edit_

ya Allah kuatkan kami.
Selamatkan saudara kami.
Jadikan kami satu ummat yang peka dan sensitif.
Jadikan kami satu ummat yang bersatu atas nama islam.
Jadikan kami satu ummat yang mendambakan firdausi.
Berkatilah kami. Rahmatilah kami.

Tunjukkanlah kami andai kami lupa atau tersalah.
Engkau penolong kami. Maka tolonglah kami.
Bantulah kami menjadi golongan yang benar..

_copied_

Ameennn..

wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment