13 Apr 2012

OtoMeN TaRo BerTuKaRrrr!!!

in the name of Allah..
*:) berusaha untuk terus istiqamah.*


senangkah? terlalu mudahkah untuk berubah?
tak,, berubah itu bukan sahaja susah, malah ammmmmmmaatttla payah.
terutama berubah kearah kebaikan.


yeke? sure?
tak. bagi aku, berubah tu senang.. petik jari je!
cuma, yang susahnya, untuk terus istiqamah..


analogi nya, macam tanam pokok.
senang aje.. ambil biji benih, tanah, pasu, air siket.. gaul sebati..
untuk hasil lebih efektif,
letak pasu bawah cahaya matahari.
ok done.
esoknya bangun, boleh melompat kegembiraan bersuka ria
sebab pokok yang ditanam da berbuah.
macam tu ka? mustahil.


samalah macam kita.
mustahil untuk berubah sekelip mata.
berubah adalah satu proses.. yang panjang lagi berpanjangan.


ok balek pada menanam pokok tadi,
lepas dah digaul sebati,
kite kene rajin siram pokok dari hari ke hari.
benih akan mula bercambah..
dah bercambah, keep on belai dgn penuh kasih cinta dan sayang..
bagi air n nutrient yg cukup untuk pokok kita berfotosintesis.
tak lama selepas itu,
pem'batang'an akan berlaku.
diikuti pem'bunga'an dan akhir nya, pem'buah'an.


kalau anda cuma ambil pasu + tanah + tanah + sedikit air + biar tanpa pantauan,
kompem pem'buah'an x berlaku..
bukan setakat x keluar buah,
ntah2 benih pon segan silu nak bercambah,
apatah lagi nak berbuah.....


sama bukan?
kalau hanya membuat langkah pertama untuk berubah,
tanpa ada follow-ups, ape gunanya.. *bila nak rasa buahnya?.
Allah x menilai permulaan, juga x menilai pengakhiran,
tapi Allah menilai ape yang ade diantara kedua-dua nya.


hape bendenya? that's what we call ISTIQAMAH. :)
istiqamah untuk mengekalkan ape yg telah diubah.
maintain untuk buat langkah seterusnya, selepas langkah pertama td.
konsisten untuk siram biji benih yang telah digaul sebati tadi.


susah ke nak istiqamah?
tepuk dada, tanya iman..
"iman2, hang ada kat tingkat mana la ni?"


kalau iman anda jawab : " aku dok di tingkat dua ni..
 xleh nak naek lift.. lift penuh"
*terbayang lift kat kolej asek penoh.
maka jawapannya : susa gile weyhhhh! ko ingat ape? mcm buat megi? o_O


kalau iman anda jawab : " owhh! ak kat dlm lift ni.. 
dah nak sampai ke tingkat 106 *over "
maka jawapannya : senang jee.. ataupon KACANG gilerrr!!!


so basically,
susah ke senang, depends on tingkat mana iman kita..
iman kita ni pulak, kadang2 senipis kulit bawang..
kadang2 setebal buku Medicine Davidson. o..O


senangkata, iman kita 'Yazid wa yanquz.'
bertambah dan berkurang. nipis dan tebal. tinggi dan rendah... *err.
turun naek iman ni pulak,
berkait rapat lagi kamcing dengan hati manusia itu sendiri


dan sifat hati ni pulak, senang sangat dibolak-balikkan.
sampai ade yang menganalogikan hati ni,
dgn air yg sedang menggelegak.. ?? *dahi berkerut.


'bolak balik hati manusia ni, lebih hebat dari air yang sedang menggelegak'
*terbayang cerek tok / tok wan di kampung.
sriiiiiiittttttttttttttttttttttttt... bunyi cerek menjerit minta ditutup api.


ok.mengarut.

erm. macamni.
cube bayangkan, air yang sedang menggelegak.
pada permukaan air tu, ade buih2 *blob2 yang terhasil.

boleh anda nyatakan,..
buih tu besar atau kecil?
bulatkah? *ade buih 4segi ke kak?
rapat2 kah? bertindihkah?

haaa.. susah nak describe kan?
kejap ade, kejap xde.
kejap besar, kejap comel.
kejap bertindih, kejap single.
kejap meletop, kejap cool n steady.
dalam kata mudah nya, xtetap.

so, hati manusia lebih dasyat drpd air yang menggelegak.
wah! dlm sedetik masa boleh jadi baek,' juruh', dan sopan santun.
dalam sedetik masa juga, boleh tumbuh EKOR dan TANDUK. *evil laugh

Subhanallah.

ape patut kite buat dlm usaha untuk terus ISTIQAMAH?
pastikan anda selalu bersama kawan2 seplatun yang baek & da bomb!
sama2 saling berpesan2 dgn kebenaran dan sabar. *surah al-asr
ijlis binaa nu'min saa'ah.

percayalah.. suasana sangat mempengaruhi individu.
baek secara dalaman atau luaran.
keep on mingle ngan orang2 osem untuk create suasana yang da bomb.

~_~ : kenapa kene sama2? tanaklah. nanti sume orang kutuk n perli2 aku.
daripada semangat berkobar gilang gemilang,,,
teros tercantas mati, terkulai sepi *ewah.

haha. kalau anda rase kuat untuk berlari seorang diri,
teruskan, takde masalah. x de sape yang berhak menghalang.
Cumanya, perlu diingatkan, bahawa jalan kearah kebaikan ni,
bukan satu jalan yang dibentang permaidani baldu merah dihiasi bunga bungaan segar bugar ditepi2nya, ditambah pula berbumbung dan ber'aircond'. bukan.

jalan ini, dihamparkan dgn bara api,
ditepi2nya dihiasi duri2 tajam dan
berbumbungkan terik panas mentari
yang bisa menerbitkan keringat jantan! *pergh.

suasana dan kawan2 da bomb inilah yang sebenarnya
bertindak sebagai protector, doctor, and supporter dalam perjuangan ini.
yeah! ok sekarang, anda pilih. pilihan ditangan anda. :)

so, jom!
hand in hand, shoulder to shoulder,
in one saff, we unite.

*eh? haha iklan sat..

Jom sama2 MUJAHADAH dalam ISTIQAMAH.

yeah.. moge dapat manfaat.
mungkin ade unsur 'exagerration' dlm post kali ni..
salah silap harap dpt sama2 tegur..

yang baek dtg dari ALLAH,
yang buruk juga dari ALLAH,
tapi disandarkan pada diri yang hina ini...
buang yang keruh,
ambillah mana2 mutiara .. *kalau ade

*sama2 berusaha ke arah REDHANYA*

akhir kalam..
membuat keputusan untuk berubah, bukan senang..
apatah lagi untuk Istiqamah..
tapi, ingatlah 3Cs of life..

"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum,
kecuali kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya."

wallahua'lam. :)
moge Allah redho.