27 May 2012

2Dekad 1Tahun 9Bulan 10Hari

In the name of ALLAH..

alhamdulillah, thumma alhamdulillah, thummah alhamdulillahi rabb al-'alameen.

21tahun.
Allahuakbar..
21 tahun dah aku hidup kat BUMI ALLAH ni.
selama 21 tahun nie..
aku tak tahu apa sumbangan aku
yang akan tersenarai kat akhirat kelak.
solat pon tunggang langgang.
quran pon x konsisten.
dakwah... ehem.. ntahlaa.

klau Sultan Muhammad alfateh
pada ketika umur beliau 21 tahun,
dia berjaya menakluk kota Konstantinopal.
dia berjaya jadi jadi sebaik2 raja,
yang memimpin sebaik2 tentera!
Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah
meninggalkan solat wajib,
tahajud & rawatib sejak baligh
hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

ALLAHUAKBAR!!
jauhnya aku dan dia.
ya Allah..
aku mahu jadi seperti dia.

mustahil untuk jadi sebaik2 raja,
jadikanlah aku seorang anak, isteri dan ibu yang solehah.
mustahil untuk menakluk kota,
bantulah aku menakluk hati2 mad'u dgn islam.
mustahil untuk putar semula masa lampau,
bantulah aku menggunakan masa2 tersisa dgn sebaik2nya.

ya Allah.. engkau lah yang paling tahu apa yang
terkandung dalam seketul daging ini..
engkaulah yang paling tahu apa yang terbaek untukku,
engkaulah penentu segala2nya.
kerana Engkau Penciptaku dan aku milikMu..

Aku mahu tergolong dalam golongan beruntung.
Aku mahu husnul khatimah.
Aku mahu berjumpa Rasulullah..
dan aku mahu mengecapi nikmat tak putus2 di SYURGA mu ya rabbiy..

bantulah kami, tolonglah kami, dan rahmatilah kami..
sesungguhnya engkaulah penolong kami..

Ameen ya Rabb al-'alameen..

hehe terimakasih 'anda' dan 'awak'.
sangat sweet.. :)
baru paham perasaan kene pilih hadiah seniri. :D
i.Allah, moge masa saya lebih terurus selepas ni..
ALLAH bless both of you. ameen.