28 Feb 2010

YeaY! JoM ShOutInG!!

in the name of Allah..

PERHATIAN ye KANAK2 ribena pengikut setia ku...


haha.. sekarang saye dah ade CBOX!!!
muahahahaha.. yeay!!!

suke2! ^^,

dah boleh la korang nak menjerit, melalak, meraong, bg nasihat n so on kat situ ye.. hehe..

tu je... haha..

klau ade yg tersinggah, terjenguk, terjumpe, tersesat sampai ke blog ni..
sile2 lah tinggal jejak2 anda kat sane ye.. =)

semoge UKHUWWAH berpanjangan.. inshaAllah..

wallahua'lam..
MOGE ALLAH REDHO

MaCam x PeCaYA!!

in the name of ALLAH..

huhu phenat2 baru je balek dr driving school!!
haha.. en.BLOG!!! sy dah pandai bwk kereta!!
erk.. xde la pandai kot.. cume dah berani sket2.. hahaha

kalau bawak kete sesenang ini kan best!! =)

fiuh.. penat wooo..
klau x makan, kompem, nak pulas stereng pon tak larat..
xtaw la kereta tu yg da lama,
or tenaga perempuan ni mmg gitu hahaa... [tp kereta tu mmg da lama pon..]


ermm memula td,
pakcik tu tanye...
dah penah bawak lom?? [saye tersengih..]
hehe.. tak pernah bawak..
dy pon angguk.. okeh! dy terang la sket2..
ni gear.. ni handbreak.. ni pedal clash, ni break, n ni minyak..

thats all..
pastu dy suro tuka tempat dudk..
hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... saat yg paling mendebarkan!!
almaklumlah..
kat umah pon x try dulu kan.. kire first time la ni..
hoho.. [kecuakan yang melampaui batasan..!!]

ok FINE! pakcik tu kate, ok, start enjin,
huhu.. ok.. bismillah...
tekan clash, masuk gear 1..
lpas clash pelan2..
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! kereta bergerak!!
T:A:K:U:T!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
huhu.. tp pakcik ni relax je..
so, sy pon.. [tenang..tenang.. slow je ni..]

n the session flow... smoothly..
ms dok tgah bawak round2 tu,
pakcik tu tanye.. 'shimah brape tahun? baru lpas SPM ke?'
haha..[gelak..] x lah.. sy dah 19 tahun dah..
[wah!! saye dah sembilan belas upenye!! mcm x pcaye! muahaha]
owh.. pakcik tu angguk..

ttbe ade sorang ag student, dtg nak blaja...
dy kate, ad org arrange dy ngan pakcik yg tgh ajar sy ni ugak..
then.. berlaku keserabutan sementara..
[tup tap tup tap...] pastu settle..

ade skali tu, pakcik ni nak gi aja budak lagi sorang..
sy amatla cuak!! dy suro sy bwk kete sorang2!!
ya Allah! takut gile!! syadid!! huhu..
xpe2.. saye kan dah besar!! dah hampir 19 dah kan??!
ok2 gogogo!! u can do it!!

haha.. yeah!! boleh upenye bwk sorang2..
yang penting, tenangkan diri anda!!

then, 4 today, pakcik ajar sy 4 mende..
1.mcmne nak break, [haha ni pon nak kene ajar.. nampak sgt jahil saye ni huahuahuahua T_T..]
2.mcmne nak reverse,
3.mcmne nak naek bukit,
4.mcmne nak buat 3 penjuru ke ape tah.. [huhu ni paling susa.. asek2 termati enjin!!]

huhu.. esok ade kelas ag.. 11pagi sampai 1...
hurmmm hope i can do my best..
=)) ..
go SHIMAH!!!
hehe..
ok lah.. dah 6stgh..
nak prepare 4 maghrib..

wallahua'lam..
MOGE ALLAH REDHO

26 Feb 2010

SaNah HelWah Ya UkHt!!

in the name of Allah..

hehe.. ni post ke2 untuk hari ni..
post ni khas ntok k.Long yang skarang tgah strive kat JORDAN..


hehe.. SANAH HELWAH, HAPPY BiRTHDAY, EID MILADI, SELAMAT HARI LAHIR!!! ngahahahaha.. sori lah long.. hadiah ngah x mampu nak pos..
nnt tunggu long balek lah ye.. haha...
[actually, x beli pon lagi.. hahaaha] ::jahat punye adek..::

papepon, macam yang kat gambar tu kate,
UMUR ITU AMANAH!!
NNT ALLAH AKAN TANYE..
so, gunekanlah dgn sebaiknye..

kak long @ JORDAN.. pantai ape tah.. =)

::doaku::
Semoge K.Long sentiasa berjaya DiDunia dan Akhirat
jadikanlah k.Long seorang anak, kakak, isteri, ibu, nenek dan moyang yg solehah.. =))
Perbaik, permudah dan persoleh kan lah jodoh k.long YA ALLAH!!
panjangkanlah umurnya, banyakkan amalannya..
terimalah doanya, kabulkan impiannya..
permudahkan lah urusannya dan tabahkanlah hatinya..
semoga seluruh hayatnya diberkati ALLAH..
INSHAALLAH..
::ameen YA RABB AL'ALAMIN....::

wallahua'lam
MOGE ALLAH REDHO

SaaT TerPutuSnYa WahYu daRi LaNgiT

in the name of Allah..

today.. i would like to share sumthing with all of you..
this story is copied from a blog..
harap dpt mnfaat bersama..



::HARI TERAKHIR HAYAT BAGINDA::


Anas bin Malik meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh di belakang Abu Bakr di hari Isnin (12 Rabiulawwal ) itu terkejut dgn kemunculan Rasulullah dari sebelah tabir bilik Aisyah (rumah saidatina Aishah bersambung dgn Masjid) sedang jemaah bersembahyang. Baginda melihat dan memberi senyumannya, Abu Bakr pun berundur ke belakang untuk menyertai saf di belakang, kerana beliau menyangka Rasulullah hendak keluar bersembahyang.

Kata Anas lagi: Hampir-hampir sidang jemaah terlupa dengan solat mereka kerana gembira melihat Rasulullah (s.a.w) yang kelihatan sihat. Namun Baginda memberi isyarat kepada mereka supaya meneruskan sembahyang. Lepas itu Baginda melepaskan tabir dan masuk ke dalam. Selepas itu Rasulullah (s.a.w) tidak berkesempatan lagi untuk bersembahyang lima waktu yang lain.


Semasa siang semakin cerah Rasulullah (s.a.w) menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu menyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian Aisyah berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?.
 
Jawab Fatimah: "Baginda membisik bahawa Allah akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda alami ini, itulah yang membawa aku menangis, pada kali kedua Rasulullah (s.a.w) membisikkan bahawa daku ahli keluarganya yang diwafatkan Allah selepas Baginda, itulah yang menyebabkan daku tersenyum".
 
Selain dari itu Rasulullah (s.a.w) juga memberi khabar gembira (tabsyir) kepada Fatimah bahawa beliau adalah Syayyidah Nisa' al-'Alamin (Penghulu Wanita Dunia). Fatimah melihat beban kesakitan terlalu berat dialami oleh Rasulullah (s.a.w). Beliau berkata: "Alangkah berat siksa bapa". Jawab Rasulullah (s.a.w): "Tiada siksa lagi bagi bapamu selepas hari ini".



Di saat ini Rasulullah (s.a.w) memanggil al-Hasan dan al-Husain dan Baginda mencium kedua-duanya sambil berwasiat kepada mereka berdua dengan kebaikan, kemudian Rasulullah menjemput isteri-isterinya, menasihati dan memperingatkan mereka.


Kesakitan semakin bertambah, dan kesan racun yang Baginda termakan di hari Khaibar boleh dilihat, menyebabkan Rasulullah berkata: "Wahai Aisyah kini aku masih terasa sakit kesan makanan di hari Khaibar dahulu, inilah masanya aku mendapati nafas ku sesak terputus-putus kerana kesan racun itu".

asulullah mewasiatkan orang ramai dengan sabdanya: "Solat, solat dan berbuat baiklah kepada hamba sahaya milik kamu". Baginda mengulangi ungkapan ini berkali-kali.


::NAZAK::



Saat nazak mendatangi Rasulullah (s.a.w), dan Aisyah membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya: "Sebenarnya di antara nikmat anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara dada dan leherku, dan mencantumkan di antara liur ku dan liur Baginda semasa kewafatan Baginda. Sebelum itu Abdul al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan memegang kayu suginya, dan aku membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar, kulihat Rasulullah (s.a.w) memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah (s.a.w) suka dan hendakkan siwak (sugi) tersebut.

Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah?
Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya,
kemudian ku berikan siwak kepada Baginda,
tetapi ianya keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya?
Baginda menganguk kepalanya,
dengan itu ku pun melembutkannya,
maka Rasulullah (s.a.w) pun bersugi dengannya".

Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah bijana di hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air ke mukanya sambil berkata yang bermaksud: "Sebenar kematian ini ada sakarahnya" - al-Hadith.


Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat tangannya ke langit (jarinya) diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut :

Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.

Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi.

"Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali".

Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.

::KEPILUAN MENYELUBUNGI PARA SAHABAT::



Kini berita kewafatan Rasulullah yang memilukan itu tersebar luas, suasana muram menyelubungi persada Madinah dan cerok daerahnya,

kata Anas: "Tidak pernah ku melihat satu hari lebih ceria dan bercahaya dari hari kedatangan Rasulullah (s.a.w) ke Madinah dan tidak pernah pula ku lihat satu hari yang lebih buruk dan muram dari hari kewafatan Rasulullah (s.a.w)".


Selepas wafatnya Rasulullah (s.a.w) puteri Baginda, Fatimah (r.a) telah mengucapkan suatu ungkapan:

"Duhai ayahku, kau menyahut seruan Tuhamu, duhai ayahku, syurga al-Firdaus kesudahanmu, duhai ayahku, kepada Jibril jua kami bertakziah mengenai kewafatanmu"

::SIKAP UMAR::



Di hari itu Umar telah berdiri di hadapan khalayak ramai dan mengikut riwayat menceritakan bahawa beliau telah terkeluar dari kewarasannya dengan berkata:

"Sebenarnya terdapat beberapa orang munafiqin telah menyebut bahawa Rasulullah telah wafat, sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) tidak wafat, cuma beliau pergi menemui Tuhannya seperti Musa bin Amran pergi menemui Tuhannya, Musa menghilang diri untuk selama empat puloh malam, kemudian Baginda pulang semula setelah orang berkata, yang Musa telah mati. Demi Allah, Rasulullah (s.a.w) pasti akan pulang semula, sesiapa yang menyangka bahawa Rasulullah (s.a.w) telah wafat mesti dipotong tangan dan kaki-kaki mereka.(ada juga riwayat yg mengatakan UMAR akan penggal kepala-kepala mereka yang mengatakan MUHAMMAD telah meninggal) 


::PENDIRIAN ABU BAKAR::



Abu Bakr memecut kudanya, berlari dari rumahnya di al-Sanh, sesampainya ke perkarangan masjid beliau terus masuk ke dalam masjid. Tanpa bercakap sepatah pun dengan orang ramai beliau memasuki bilik Aisyah menuju ke tempat Rasulullah yang sedang berbaring ditutupi dengan kain.

Beliau membuka tutupan muka Rasulullah (s.a.w, terus memeluk dan mencium muka Rasulullah sambil menangis dan berkata: "Demi dikaulah ibu ayahku, Allah tidak akan mengenakan kau dua kematian, adapun kematian yang ditulis ke atas mu ini sudah kau hadapinya".


Setelah itu Abu Bakr dan Umar keluar menemui orang ramai, di mana Abu Bakr berkata: "Wahai Umar sila duduk" Namun Umar enggan untuk duduk. Orang ramai pun melingkungi Abu Bakr dan membiarkan Umar di situ. Abu Bakr berucap kepada sidang hadirin dengan katanya:


"Adapun selepas tahmid dan syukur maka ingin ku menyebut di sini, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati ".


Kemudian beliau membaca ayat Allah:


"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (yakni murtad). Maka sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur". (ali-Imran : 144)


Kata Ibn Abas: Demi Allah, di masa itu manusia ramai bagaikan tidak mengetahui bahawa Allah telahpun menurunkan ayat ini kecuali setelah Abu Bakr membacanya, dengan itu orang ramai pun menerima dan membacanya.


Kata Ibn al-Musaiyab: Umar telah menyebut: "Demi Allah, sebaik sahaja aku terdengar apa yang diunggapkan oleh Abu Bakr itu aku terasa kakiku sudah tidak berdaya lagi untuk berdiri, aku terus terhumban ke tanah sebaik sahaja mendengar apa yang dibaca oleh Abu Bakr itu, kerana aku sudah dipastikan dengan kewafatan Rasulullah".

::TAMAT::

bru ni..ade yg persoalkan.. knape nak sambut MAULUD NABI??
hujahnya.. "nabi x pernah sambut pon.. knapa kite nak sambut? ini bukan sunnah!!"

ok FINE! 'ini bukan sunnah??'
owh! konsert2 tu sunnah la?
hah? reality show tu sunnah la?
pergaulan bebas tu sunnah la?
huh~ nonsence!!

mmg.. nabi mmg x pernah sambut MAULUD NABI ni..
tp, sbagai umat MUHAMMAD, salahkah kite sambut?
kite tgok balek umat skarang..

smue ngaku, 'KAMI UMAT MUHAMMAD!'
tp cara hidup x lamsom menggambarkan kite ni umat BAGINDA
smue ngaku, 'KAMI SAYANG MUHAMMAD!'
tp tak pernah mengamalkan SUNNAH nabi..
smue ngaku, 'KAMI RINDU MUHAMMAD!'
tp ajaran nabi smue tanak ikut! aurat pon tak tutup!

bile tanye,
smue kate nak MASOK SYURGA!
bile tanye,
smue kate Muhammad IDOLA ku!
.......................

nmpk sgt, umat kini dah jauh tersasar..
dah jauh menyimpang dari cara hidup islam yang sebenar..

jadi,
sambutan maulidurRasul, bg ana,
adalah salah satu wasilah (method) bagi membawa kembali umat2 islam mengenali nabi.. menyusuri sirah n sejarah hidup nabi.. from that, rs cinta n shukur inshaAllah, dpt dipupuk, skali gus, melahirkan smula satu ummah yang menjunjung teguh Al-Quran dan As-Sunnah..

imbas blek pengorbanan2 yg dah Baginda buat.. smuenya untuk ummat Baginda.. x terpikirkah kite? andai kate Baginda masih hidup, pasti hiba dan pilu melihat keadaan ummah skrg...hingga saat2 terakhir pon, bginda masih memikirkan keadaan ummat2nya..

from that, my dear readers..
tepuk dada, tanyalah iman..
islah nafsak wad'u ghairak..
(btulkan dirimu, dan ajklah yg lain..)
perbanyakkn selawat, zikir dan tahmid..
doaku..
Moge kite semua tergolong dalam ummat Muhammad yg terpilih..
inshaAllah..

[nasihat ni juga untuk diriku..
yang sering lupa n alpa..
semoga manfaat dinikmati bersama..]

wallahua'lam..
Moge Allah Redho..

14 Feb 2010

VaLenTine?? MaAf.. KaMi x SaMbuT..

in the name of Allah..

hari ni.. 14 Februari..

kalau 1 April dipanggil APRIL FOOL,
maka 14 Februari dipanggil VALENTINE DAY...

mcm yang kite smue sedia maklum, mengikut ura2 sejarah..
both hari kat atas ni, adalah hari di mana org ISLAM dianiaya..
then, dsbbkan kjayaan inilah,
dua hari ini sentiasa diagung2 kan BARAT..

[ermm alamk.. x leh proceed.. hati x tenang..]

takpelah.. laen kali lah sy smbung..[tah bile la tuh..]
memandangkan hari ni 14 FEB, n... blakangan ni..
bdak2 MARA asek2 cite pasal JODOH n PERLANGGARAN [crush!!]...
saya tinggalkan anda smua dgn cerpen yang baru saya bace td..
tertarik dgn gaya CINTA 'KIMI' ... hoho.. so shweet..

http://ms.langitilahi.com/cerpen-valentine/

moge dapat manfaat bersama..

inshaAllah..

wallahua'lam..
Moge Allah Redho..

9 Feb 2010

AkU MaHu KiTa BeRteMu dI SyurgA..

In the name of Allah..

Assalamualaikum wbt..

huh~ [haih shimah?? awal2 dah mengeluh? ish3!]
urmm dah lama x update blog..mesti awk rindu kat saye kan en.blog?? haha..
jgn risaw, saya pon rindu awk juge.. haha [shimah!! straight to the point!] ok2..
[serious]..

ermm hri ni xde pe nak cite sgt.. just nak luah sumthing...
bru2 ni kan ktrg ade join program anak angkat kan..
hurmm sronok!! macam2 rase ade! gembira, puas, tension, marah,... sedih pon ade.. =(((

[btw, sy akn cerite bout HOMESTAY n ANAK ANGKAT later ok.. hari ni nak luah rase yg TERBUKU sejak hari last program ni..]

1st :: TENSION ::
haha.. sy tension waktu first2 smpai.. bkan sbb ape.. sbb berserabut dgn penginapan.. huhu.. actually, penginapan sume2 dah settle b4 pg sana lagi dah.. tp bile smpai sana, ade sikit perubahan..

memule tu, mell da inform awal2 da, sy akn jd lone ranger..
huhu takut!!! sorang2 bdak MARA lam umah.. ngan dak2 private!! waaaa...
huhu.. tp lpas da kena brain wash ngan intan..
hurmmm.. dah ok! rs x saba lak nak berkenalan ngan dak2 private.. =D

ermm tp!! bile smpai sana, [homestay] ade certain2 rumah yg dah x same org dy.. name sy lak tercampak ke rumah syaer n hana n the geng.. hehe.. x kesa laa.. at least sy xkan jd lone ranger.. hehe..

yg jd TENSION nye tuh.. bile ttbe ade bdak INDIA dtg buat muke kesian kat sy.. nak mintak tuka umah ngan dy.. pastu x jadi.. sbb ape tah.. huhu..then bdak melayu lak dtg.. [muke seposen gak..] nak tuka umah ngan sy sbb dy kongsi beg ngan sape tah... pastu once again, x jd.. sy dah smakin alBENGANG lah kan... kjap nak tuka.. kejap tak nak.. mcm nak kene flying kick pon ad.. [saba kak shim.. saba..] hargh!! tension seyh!! sy tgok MDM pon da frust.. ksian kat MDM.. da la pregnant.. ish3! kamu2 ni x berhati perot lamsom!!.. huhu.. sy pon satu.. pantang nmpak muke kesian, tros cair.. adoyai~~

then.. last person.. "wak..awak nak tak tukar umah ngan sy.. dlm umah sy, sy xde kwn.." halamak!! muke kesian lagi!! huhu.. tidak2.. kali ni sy xkan tertipu.. haha [time to be an evil  >:D... hahaha..]
then sy jwb.. "klau awk xde kwn dlm umah awk, sy pon xde kwn dlm umah awk.." [sy pon tataw awat sy jwp lagu tuh.. huhu] sbb tension punye psal, suare dah jd tinggi...sori la ye wak.. sy da rimas.. haha.. dy negotiate ngan MDM n then MDM stuju.. huh~ tp x kesahlaa.. sy dpt HOUSEMATES yg SUPERB BEST!! hehehehe.. [rupe2nye, housemate bdak tu sume MARA A.. haha..]

2nd :: GEMBIRA ::
hehe.. happy sbb dpt family BEST!!


ayah ROCK! mama PANDAI MASAK!! n Sofia yang sgt BAEK n CUMEYLL!!
[miss them already!! huhu] seronok!! ayah ajak naek tren, ronda2 kampung... maen congkak ngan sofia, maen buai.. hahaha.. mama masak sotong sambal, pucuk ubi!! sdap!!!!!!!!!!!!!!
huhu mmg superb ah!! hehe.. go papa ROCK!! ngahahaha...


makan same2 ma masak!! hehe.. SEDAP!!!!!!


maen buai.. muahahahahhaha.. klakar!!


petik cili api kat tepi umah ayh.. hehe.. [manyak nyamok owh!!]


last day.. lunch same2... [cant forget this moment..]


hehe.. kenangan yg 'KAK HANIS' tinggal.. huhu

ole2 dari ayah.. tq bery much ayah.. =((

3rd :: PUAS ::
hehe.. puassssssssssssss sgt sbb dpt naek BASIKAL!!! hehe.. best!! naek basikal laju2!! best best best!! hehe.. best kan hajar??? hehe.. wlaupon jatuh dlm semak.. huhu..


[sume ni aime punye psal.. ajk ktrg lumbe sgt.. pastu kitrg speed ah!! ttbe aime belok sbb nak amek brang kitrg yg jatuh.. skali... huhu.. kitrg (sy n hajar) kabut nak belok, disebabkan inertia yg sgt tinggi... belokan tersasar n.........................

ZUPP!! masuk lam semak!!!!!!!!!!!!! waaaaaaaaaaaaaaaaaa.... disebabkan rumput tu sgt pnjang, otak sy tros terpk ade ular.. sy n hajar cpat2 bangun n lari ke jalan.. huhu.. basikal still dlm semak.. huhu.. sakit kaki! xde org peduli ktrg jato sbb ktrg mcm dah tersasar agak jaoh.. haha.. mujur eyzzah nmpak.. huhu] x kesalaaa.. asalkan PUAS... hahaha...


wktu ni bru mule nak berlumbe ngan aime..


speed!!! nak potong aime!!! hajar!! pegang kemas2!!


aime patah balek, kitrg otw membelok.. klau tgok bbtol, nmpk ktrg mcm dah terhuyung hayang..


ZUPP! jatuh lam semak... errrrr.... lari aja!! ular!!!!!!!!


tgah berusaha nak angkat basikal tuh.. huhu..

yg penting kite happy!!! kan hajar!! hehehe...


4th :: MARAH ::
perasaan ni dtg wktu mlm kebudayaan.. sbb ap sy marah?................

 

sbb sy x bleh terima bilamana seorang yg supposedly bertudung, TANGGAL TUDUNG semata2 nak buat performance... ape? klau pkai tudung x boleh menari ke? hah? lawa sgt ke rambut tu nak tayang2? tulun ah.. awk ingat dgn pkai hood tu bole cover aurat awk? hey awak! sdar la sikit! awak tu ISLAM!.. awk x tkut AZAB ALLAH ke? haaaaaaaaaaaaaaa?!!!! jawab la wey! [saba2...] huhu ya Allah.. ampunilah dosa2 kami..

5th :: SEDIH ::
waktu hari last.. sume pakai baju koQ... sedeh.. sedeh sgt tgok ramai bdak2 perempuan yang x tutup aurat..
kenapa?? panas ke kalau pakai inner?? hah? x selesa ke kalau pkai handsocks?? atau....
korang x tahu batas2 / bahagian2 aurat wanita?? haaa?!
sy rs dah JELAS kot kite belajar PENDIDIKAN ISLAM dulu..
hampir setiap tahun sentuh pasal aurat.. x ingat kah? mungkin TERlupa...[logik kah?? ]
atau....sengaja abaikan HUKUM?? SENGAJA ambil MUDAH???
hurmm tepuk dada, tnyelah IMAN..

YES! certainly, ISLAM adalah agama yg MUDAH.. tp kite sbgai MUSLIM, mane boleh ambil mudah! hey you! wake up! r u a MOSLIM??!!

sanggup kite ketepikan HUKUM untuk KESELESAAN??
sanggup kite abaikan HUKUM untuk KECANTIKAN??
huh! NONSENSE!

dear my buddy yang amat sy sayang...
sedarlah! bangunlah!! bangkitlah!!!!!
nnt kat akhirat... Allah akn tnye balek.. kenapa..kenapa..dan kenapa????!!!!
adakah awk tak tahu?? [sy rs awk sgt maklum ttgnye..]
adakah awk terlupa?? [sy tak rs bnde yang ptut dijaga rapi ni boleh dilupakan..]
ianya akn menjadi lebih PARAH bilamana, kite tahu, itu adalah aurat, tp kite x pernah nak ambil berat.. ttp ambil mudah..
ingatlah SAHABATKU! semua ni, Allah akn persoalkan balik... renung2kanlah..

demi keselesaan kat dunia yg SEMENTARA ni,
awk sanggup ke TERIMA AZAB ALLAH kat akhirat??
awk sanggup ke tahan API AKHIRAT yg beribu kali ganda panas drpd api dunia yg mmg da panas nih?
awak nak ke?? org laen tgh bhgia kat syurga, kite MERANA kat NERAKA?
ini ke kesudahan hidup kite??
sy tak sanggup..! sy syg awk.. sy nak kite smue jumpe kat SYURGA sana..
[ya Allah.. kabulkan doaku ya RAHMAN!!]

biarlah kite x selesa, berpanas2 kat dunia ni, moge2 API JAHANNAM x berani menyentuh kite kat akhirat sana... inshaAllah..

'YA RABBANAA.. THABBIT QULUBANA 'ALA DEENIK, WA 'ALA THOO'ATIK..'

nasihat ini juge ditujukan pada diri yg hina ini..
yg baek drpd ALLAH,
yg buruk itu juga drpd Allah, tp disandarkan pd hamba yg hina ini..
ambil yg baek.. tinggal yg buruk..
moge manfaat diperoleh bersama..

andai ade silap dan salah.. teguran n nasihat amat dialu2 kan..
sekian..

wallahua'lam..
MOGE ALLAH REDHO..

4 Feb 2010

AfTer SPM '08 II

in the name of ALLAH..
haha.. k! sambungan drpd kisah 'AfTer SPM '08 '....

18 MAY 09
ummi kol.. kak Long from Jordan pon sms...

   "salam.. k.ngah, k.ngah dpt buat FOUNDATION kat MSU SHAH ALAM.. under MARA.."

mule2 ana x bape phm.. ape ni?? Mara dah x hantar ke INTEC ke?? [sbb mmg ana isi borang PERUBATAN TIMUR TENGAH, and yang ana tahu, persediaan ke Timur Tengah samada kat INTEC or IKIP je...] both tempat ana x dpt.. maknenye??

   "ana x dpt PERUBATAN TIMUR TENGAH!!!!!!!!!!!!!!!"

huhu.. bile dapat tahu FOUNDATION @ MSU akan further ke either POLAND, REP.CHEZCH, or INDIA, hati tros tolak..tros ckp ngan umi.. 'TAK NAK!!'

abah pujuk.. tp.. tetap.. 'TAMAW MSU!! taknak! nak INTEC ugak!!' [dlm hati]
[grrrrrrrrrrr degilnye bdak ni!!]

19 MAY 09
umi kol lagi.. rayuan ke UIA [kenapa RAYUAN??.. panjang ceritanya..] diterima.. then, ok!
i prefer UIA than MSU! huh! [at that time, i really hate MSU.. huhu.. T_T]
apelagi.. packing up my stuffs and the 'resign' letter was submitted..

20 MAY 09
tata KMPk.. i'm gonna miss u!! =P..
KMPk betul-betul HoLiau! hahaha..[trademark orientasi.. ingat lagi tu.. haha]

23 MAY 09
check-in UIA PJ..
ya RABBI keciknye bilik.. huhu kat mane nak study ni!!
sempit bangat!! tp REDHO je laa.. [sbb ana yg pilih nak masok sini..]
then.. i joined orientation week..hectic n sgt merimaskan..
papepon, i enjoyed the event.. solat sentiasa JEMAAH.. [best2]
then, we have to seat 4 English Performance Test (EPT) and Arabic Performance Test (APT)..
then alhamdulillah.. smuenye berjalan lancar..

then the classes begun..
BIO> Sir Mahathir
CHEM> Mdm Daliza
KOMP> Mdm Aishah
MATH> Mdm  Norlaili
BT. QURAN> Ustz Syauqi
BI> Mdm Baljeet [kot.. x bp ingat]

sume best.. lagi2 sekelas ngan 'AINA.. haha..[bestpren wktu kat Maahad]
so, sume seems ermm.. easy to cop-up with.. =P
hurmm ana sempat gak join intrvw untok jadi NAQIBAH untuk study circle.. =) [semangat jek..]

n again, ATURAN ALLAH ADALAH YANG TERBAEK..

12 JUN 09
umi & abah call lagi..
surat tawaran MARA dah sampai umah..
the answer should be sent b4 16th of JUNE..
umi n abah PROVOKE lagi..
"btol ke k.ngah xnak ni?? ni MARA bg TAJAAN ni..." ='(
huhu.. susa btol nak THABAT [tetap] kan HATI..
last2 umi n abah suro balek, tgok dlu surat tuh.. (-.-')

13-14 JUN 09
balek uma..
mcm yg disuruh, tgoklaa surat tawaran.. [without any interest!!]
knape, ana pon tataw..
4 me, its really hard to set a decision and stick on it..
it needs strength n hardness
[istikharah, istikharah n istikharah..]
situasi yg same mcm ms nak resign dr dq..
ALLAH MAHA TAHU..

>>after a LONG discuss [sms je pon] with EYZZAH [whose i met during MARA intervw, n we were in the same boat act.. applying 4 JUST (jordan university of science n techno) ] hati ni smakin terbukak nak terima MSU..
EYZZAH pujuk, EYZZAH ajak, EYZZAH terangkan.. [thanx eyzzah]
ana serah segalanya padaNYA..
Moge THE DECISION i take is the best..

15 JUN 09
ana sms ABAH..

"salam.. abah, abah dah submit answer offer letter MARA??"

abah kate..

"wa'alaikumsalam, blom.. kenapa?"

ana jawab..

"abah submit laa.. esokkan LAST tarikh dy.."

abah tanye..

"nak submit mcmne, jawapan pon tak tulis lagi.."

ana akhirnye,

"kate k.ngah TERIMA.."

myb abah sgt t'kejut.. tros abah kol..mintak kepastian.. BRAINWASH.. huhu T_T

lepas tu, umi plak kol.. tanye macam2..
btol ke ni? sure ke ni? jgn buat keputusan sbb umi n abah.. ini masa dpan awk.. bla.. bla...blaa..

"ye umi, ye abah, jgan RISAW, ni keputusan NGAH.. inshaAllah, muktamad.."

ana pon xsure knape pilih MSU.. last minute lak tu.. nak kate dpt mimpi dari istikharah, mcm x je.. myb GERAK HATI kot.. ALLAH maha BESAR... Dia boleh bg petunjuk dari pelbagai medium n cara..

23 JUN 09
check-in MSU ..
1st time tgok MSU...
or dlm erti kate laen..
'UNIVERSITY OF CHOICE' [pergh.. name bkan man lagi...]
ya RABBI.. ni UNIV ke??
dgn suasana bercampur baur..
laki n pompuan..
jantan n betina..
student yg x mcm gaya student..
tindik sana-sini.. pakaian compang-camping..
pergaulan bebas berleluasa..

ya ALLAH.. betahkah ak disini??
[mase ni, ana gi register ngan umi]
nmpak muke umi mcm risaw je tgok bdak2 kat sini..
bile umi tanye.. "ok ke ni k.ngah?"
"hurmm ok je kot.. inshaAllah.."
umi angguk.. [lege gamaknye..]

then untill now.. i still survive at MSU..
as a whole, bole la disimpulkan..

my PATH after SPM...
Exam SPM >> DQ >> MATRIK Gopeng >> UIA PJ >> MSU

hoho.. x ke insane tuh.. dlm ms setahun, 4 IPT dah ana daftar..
huhu.. membazer duit mak ayh je.. ish3..

papepon..ana yakin,
inshaAllah, ATURAN ALLAH ADALAH YG TERBAEK...

haha.. ok lah.. tu je..
yang baek dr ALLAH,
yg buruk dari ALLAH juge,
tp disandarkan pd ana yang hina ni..
moge manfaat dikongsi bersama..

wallahua'lam..
MOGE ALLAH EDHO..