8 Jun 2013

sgt.sgt.Random. :)

in the name of Allah..

first and foremost Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masih diberi saat, waktu dan ketika untuk terus bernafas.

:) being 22. owh mannnn.. dahtuaa!!  xlah semanis donat krispy kreme .. pheww.

Tanggungjawab semakin menimbun seiring usia. Itu lumrah. Ada saat rase nak menjerit sekuat hati. Ada saat rase terapung2 atas awan Gokusan. Ada saat rasa nak bantai punch bag. Ada saat rasa nak menari2 dlm taman bunga tulip Kashmir. Sampai satu saat kita rasa... urghh. enough is enough.. *bertukar jd raksasa gorgon*

Kadang2 dalam buat satu keputusan. Kita banyak fikir tentang kepentingan sendiri. Banyak fikir tentang keselesaan sendiri. Banyak fikir tentang perasaan sendiri. Tanpa kita sedar, orang lain sanggup malah sangat willing untuk berkorban demi kepentingan kita. Adakah kita lupa? bahawa orang lain juga punya kepentingan, keselesaan dan perasaan sendiri?...... mereka sanggup ketepikan kepentingan sendiri semata-mata untuk kita. Kejam bukan. Tolonglah tampar diri sendiri sekarang Shimah!


Everything comes with reasonS. Maka berlapang dada lah dgn semua ketentuanNya. Bersangka baiklah dengan Dia. Bila Dia turunkan ujian bertimpa-timpa, mesti ade sesuatu yang Dia nak kita nampak dan sedar. Bila semua kita buat x menjadi, mesti ade sesuatu yang Dia nak kita Ubah dan perbaiki... Bila ade orang yang tegur kesalahan yang kita xpernah sedar, terimalah dgn redho. Hakikatnya teguran tu dari Allah yang disampaikan melalui dia. Semuanya demi mendidik diri kita sendiri.. Sama2 saling melengkapi. You complete Me.


Ada satu masa. Allah uji dengan ujian kehilangan. Kalut. Resah. Gelisah. BUNTU. Saat ni kita tend to bersangka buruk dan tuduh menuduh. Sampai satu saat. Kita dah tak tahu nak tuduh siapa. Baru kita sedar, semuanya berpunca dari kelalaian diri.. Hati masing2 akan berbicara, merayu, merintih... Ya Allah.. Tolonglah kami. Kami buntu Ya Allah.. saat tu jugak, Allah mengangkat doa kita. Barang yang hilang dijumpai. Persoalannya, x malukah kita dengan Allah? kenapa setelah buntu baru mencari Dia? Adakah Allah hanya perlu dicari bila buntu? bagaimana pula waktu senang? adakah kita mengingati Allah? adakah kita buat semua suruhanNya? adakah sanggup kita berkorban demi meninggalkan laranganNya? kita jarang mengingati Allah. Tapi Allah sentiasa dekat. Sebagai seorang HAMBA, x malukah kita?.


Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Dia takkan membebani hambanya diluar kemampuan. Kita sebagai hamba. Jalankan tugas sebaiknya. Jangan mintak diringankan ujian, tapi mohonlah dikuatkan bahu yang memikul. Letih memang letih. Penat memang penat. Tapi ingatlah. Sapa yang menolong agama Allah, Allah pasti akan menolongnya. 
apa sumbangan kita untuk ISLAM?


dimana bumi dipijak. disitu Islam dijunjung. Takbir!



Yang pertama takkan selamanya sama. 
Yang pertama selalunya teristimewa.
Semoga Kalian thabat disana..
*random

:) wallahua'lam.
May Allah Bless.

5 Jun 2013

YeMo

in the name of Allah..

Saya nak tulis satu post EMO boleyh?

Krik.Krik.Krik





ok time kasih.. :-I
gamba: kak kema. haha

27 May 2013

Jalan.Ini.



Jalan ini,
Tidak seperti yang selalu kita hajati,
Hidup tenang penuh warna-warna keindahan,
Sedang ujian sentiasa menanti di depan,
Apa mungkin keseorangan bisa buatkan kita bertahan?

Jalan ini,
Bukan seperti yang engkau sangkai,
Berjalan ceria tanpa kegusaran,
Sedang di depan siap menerkam seribu halangan,
Apa bisa tetap tegak di medan andai sendirian?

Jalan ini,
Bukan milikmu semata dan bukan aku jua,
Milik kita bersama untuk terus menjaganya,
Yang meyakinku untuk terus bertahan di atasnya,
Adalah kerna cinta kita yang diikat pada-Nya.

Inilah jalan cintaku,
Jua jalan cintamu,
Yang dengannya aku ingin bersamamu ke syurgawi,
Yang dengannya aku ingin membawa mu terbang tinggi,
Membawa perkhabaran syurga harapan,
Cinta di atas jalan perjuangan.


~ Afdholul Rahman ~



Kopi&Pasta.

wallahua'lam.

27 Apr 2013

He.Knows.You

In the name of Allah. :)

Assalam. post kedua utk tahun ni. haha
Alhamdulillah telah diberi kelapangan nak mencoret serba sedikit. 
insyaAllah..

So.. erm. *awkward
currently posted to psychiatric department (short posting) setelah Alhamdulillah berjaya mengharungi 3 major posting [surgery, ong, medicine]. 
stakat ni posting yang paling 'sakit' OnG. hewwww..
belajar ttg perempuan (??) haha..
Yeah. Perempuan. 
Makhluq yg komplikated inside out. (if u know what i mean O.O)
Tapi Se.Ri.Us OnG sgt mengajar erti pengorbanan dan Syukur! *Amazed*
Surgery : erm.. Hectic. (bole kurus! heho..)
Medicine : Nice! relaxing. :) *heho..

Now.. Psikiatrik
hurm. sebenarnya bila awal2 tahu kitorang masuk dept ni dulu, 
kind of...erm.. no.. i'm not interested.. huhu.. seriusly. xminat sgt.
Mujur sebulan je. kehkehkeh.. belajar pasal org *i*a kott.. scary.. =.=

haha now.. dah masuk minggu keempat. 
Khamis n Jumaat will be our End of Posting exam. [doakan!!]
well.. setelah 3 minggu dlm posting nie, Alhamdulillah.. posting ni telah mengubah tanggapan KOLOT lagi SEMPIT ku terhadap psikiatrist. heww.. 

Its not only about dealing with orang gila sahaja. Its about.. treating a disease yg xleh di ubati hanya dengan ubat ubatan.. and sebenarnya kebanyakan patient bukanlah GILA.

still learning, mcmne Psikiatrist boleh come into diagnosis? hebat.
kadang2 tgok cara n figure patient pon dy dpt diagnose ape masalah patient. WAW.
All the investigations are done only to rule out any other organic pathology.
Just trough syndromal approach Psikiatrist akan kelasifikasi psychiatric disorders.
Maka History Taking amat sangat sungguh penting. 
*sayalah yg paling malas nk amek case tu. eherm..
hewww stress jgak kadang2 amek history more than one hour!! like.. wuttt.. o.o'
Sabar je la... mana taknye.. boleh jadi patient bercerita sampai ke America US nuh.. adoi. *senyum.

Apa pon, setiap kali jumpa patient, mesti ade satu masa, ayat ni berlegar2 dalam kepala..



Yeah.. klau tgok patient2 yang ade psychology disorder ni, kadang2 xdpt bayangkan.. Ya Allah payahnye hidup dia. Kalau aku ditempat dia, mampu kah aku? 

cthnye dlm Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang mane patient akan ade obsesi terhadap sesuatu (cth: alah / takut kepada kuman) maka untuk menenangkan hati, dy akan ade compulsion terhadap obsesi tu (cth: basuh tangan n sabun berjuta kali)..

ade patient yang obses terhadap keselamatan 
maka dia akan check pintu rumah bnyak2 kali.
ade patient yg terlalu perfectionist 
maka dia akan check kerja2 dia berulang2 kali.
ada patient yg obses terhadap angka ganjil 
maka klau dy nmpk benda yg genap dy akn berusaha ganjilkan.
ada patient yg obses terhadap angka genap 
maka semua yg ade disekeliling mestilah ade pasangan.
ada patient yg obses dgn kepercayaan karut 
maka mereka akn mencipta sesuatu yg bagi dyrg boleh elak perkara2 karut berlaku. (cth: elak memijak garisan di tiles semasa berjalan)

apa jadi klau dyrg x buat compulsion?
 dyrg akan berdebar, uneasiness feeling, kadang2 breathlessness. 
dlm bahasa org kita, xsenang duduk.

Maka Psikiatrist akan buat kaunseling session and Exposure Test. Dalam exposure test tu patient akan disuruh untuk tahan diri drpd buat compulsion, selama sejam. Tempoh jam akan bertambah setiap session sampailah patient xlagi rase xsenang duduk.

See.. psikiatri bukan lah pasal org gila semata. OCD ni adalah stu disorder yang ade pada org normal. sbnarnya secara tanpa sedar kita pon ade OCD ni. (O.O) tapi bukanlah yang tahap ekstrim yang smpai mengganggu kehidupan seharian. 

itu baru pasal OCD. belum lagi pasal schizophrenia.
belum lagi pasal bipolar disorder. conversional disorder. fiuhhhh.. banyak oii...

Banyak benda baru yang ktrg blaja. 
Belum lagi cerita pasal Transculturalpsychology. feww lagi menarik. 

hehe.. Selasa depan i.Allah madam nak bwk ktrg gi hospital org2 gila. xsabar. heho. i.Allah doakan semua berjalan lancar! :)

enough about psikiatri.. he will meet again i.Allah.

Syukuri apa yang ada. Hidup adalah anugerah. 
Tetap Jalani hidup ini. Melakukan yg TERBAEK!

May Allah Bless :)

*footnote: teringin nk gi bookfair.. nak jamu mata ngan buku2 baru.. heww..apekan daya. :) hueho.
btw, PRU 13 ni kelihatan HANGIT Hangat dari biasa. knapa ye? heh. lets wait n see.

21 Apr 2013

turn.to.Him

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
currently..
MiSSiNG someone.
someone.around.the.globe.