feeling very bad.. JUST ALLAH know..
i must write something..
i must tell u something..
i must! if not.. this heart doesn't feel right.
^^^^^^^^^^^^^^
Ada seorang hamba Allah [perempuan] ini.
Dia bekas pelajar sekolah agama.
Dia solehah, menjaga auratnya
dan memakai tudung labuh.
Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara.
Negara yang dia pergi tu pulak, bukan negara orang Islam.
Jurusan pon bukan jurusan agama, tapi Perubatan.
so, dia jadi orang yang dipercayai
oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia komited dengan agama.
Selalu ajak kawan-kawan mengingati Allah,
amar ma'aruf dan nahi munkar.
Satu hari, ALLAH nak uji dia..
dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam.
Lama-lama, dia mula tinggalkan peribadi dia yang lama.
Walaupun still bertudung labuh,
dia dah kurang menjaga batas pergaulan.
Sampai satu tahap,
............dott.........dott.........dott...............
Apa pandangan korang?
Apa yang korang akan lakukan bila tahu perkara ini,
bila lihat perkara ini,
atau bila menjadi salah seorang daripada
kawan orang yang buat perkara ini?
ermm adakah korang akan try bimbing dy?
"dia sahabat aku! takkan aku nak biar dy lupa leka dan alpa?"
"aku mesti nasihat dy.. dy tanggungjawab aku! nnt kat akhirat,
ALLAH soal apa aku nak jawap?"
"aku tak sanggup tgok dy masok neraka...
aku nak sama2 ke syurga bersamanya"
atau diam kan aje?
"dy budak skola agama.. takkan aku yang tahpape ni nak nasihat dy.."
"alaaahh.. takkan dy taktahu kot kate sekola agama...
nnt klau aku sibuk2 nasihat, org kate jaga tepi kain lah..
ape lah.. baek diam je.."
"aku segan laaa.. aku ni bukan baek sgt pon nak nasihat2 org ni.. "
atau lebih dasyat lagi, mengata belakang dy?
“Cis, menyampah gila aku.
Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya.
Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah.
Ingatkan aku itu, ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu.
Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama.
Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang.
Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
actually, secara tak langsung,
kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama,
orang yang mengikuti usrah,
mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini
di taraf MALAIKAT.
padahal, dyrg juga makhluq yg bernama MANUSIA..
berasal dari perkataan NASIYA yang bermaksud LUPA..
sama seperti anda dan saya..
Dengan anggapan kita di atas tadi,
maka kita meninggalkannya.
Kita tidak menegurnya.
Kita nampak, dia mula berubah ke arah kejahatan,
tapi kita menjauhinya sbb kita kata dia dah tahu,
dia mesti dah faham and so on..
kita kene faham...
sometimes, ada something yg di luar jangkaan berlaku dalam hidup kita
Sebab itu dari sebaik-baik manusia,
boleh berubah sebegitu rupa.
Kita terlupa dia rupanya manusia juga.
Bila bende ni dah jadi, kita lebih senang menghentam.
Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan.
Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali,
kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama.
Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke,
ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik.
Tunjukkan dia jalan yang betul. berhikmah..
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama,
dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik,
dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, dia jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni,
bila buat dosa, dibolehkan kita biarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama
dengan orang yang tidak pernah belajar agama,
tidak pernah ikut usrah,
tidak pernah berdakwah, yang buat dosa?
TEGUR dan PIMPIN lah mereka.
tahukan, Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa.
Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” -hahaha.. alasan kan?
Rasulullah SAW bersabda: ...“Sekiranya kamu tidak mampu”
so, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi,
itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu.
Maka, BERDOSA kalau tak menegurnya.
Teknologi hari ini lagi la .. macam-macam ada.
E-mail ada, facebook ada, YM pon ada.
Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh ..
– tulis surat
Tegur bukan sekali...
tapi Berkali-kali.
bila nak berhenti?
haaa bila terjadi salah satu drpd empat nee...
1.Kamu mati.
2.Dia mati.
3.Matahari terbit dari barat.
4.Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, tak patut kita putus asa.
Kalau plan A tak berkesan, kita bagi dia plan B.
Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C.
Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula.
Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya.
Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
jom!! jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat.
Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa
dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya,
menyebarkan kebaikan itu adalah
tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.
^^^^^^^^(^_^)^^^^^^^^
terima kasih kepada DIA yang telah menegurku..
pesanan ini buat diriku yang sering tersasar..
editted from HILAL ASYRAF's post
k lah.. thats all 4 tonight..
wallahua'lam..
moge Allah redho..