28 Sept 2012

Sarang-Hey!

in the name of Allah.

Assalamualaikum!!

woh! da naek berhantu da blog ak nie..
setahun sekali je ade post baru.
Asal post baru je, mesti dah dekat2 nak balik India.
hadoih.. phemalas.

nway! haha. lagi dua hari je tinggal.
after dat, da kene kembangkan sayap, balek ke 'sarang' semula.

ow man. sgt la malas.
Kene prepare mentally n physically nk balik sarang nih.
Sarang yang menyimpan banyak taklifat.

Arghhhhhhh!! batin menjerit.
Menjerit, memujuk supaya jangan balik ke sarang itu.
Sarang yang menyimpan seribu satu perkara.
Perkara2 yang bakal memberatkan kepala.

Hadoih.. akal mengeluh.
Mengeluh, sedar akan perlunya pulang ke sarang.
Kepulangan itu bukan sekadar satu keperluan.
Tapi ianya satu kewajiban.
Kewajiban yang bakal menjamin masa depan.

Ternyata akal ku masih waras.
Terima kasih kerana tidak biarkan aku tewas.
Tewas dikalahkan nafsu yang kian membuas.
Yang tak pernah kenal erti lelah dan puas.

Wahai diriku yang sering alpa.
Tolonglah sedar, tanggungjawab kau kat sana.
Bukan sekadar belajar semata.
Dakwah dan tarbiyah tolonglah jgn lupa.

Aku kini pelajar perubatan tahun tiga.
Dengar kata, akan belajar diagnosis penyakit sahaja.
Adakah ini bermakna aku boleh bersuka ria?
Tolong tuhan! seriusly, aku sgt mudah alpa!!

Allah.. akhirnya hanya kepadaMU aku kembali.
Bantulah kami supaya thabat dengan tali ini.
Tolonglah kami supaya tabah menempuhi hari.
Tunjukilah kami supaya kami dapat membawa diri.

Terlalu banyak kelemahan insan ini. (~_~)
Terutama dalam mengurus masa sendiri.
Ya Allah kuatkan lah bahu yg memikul ini.
Supaya tak menyesal di kemudian hari.

Ohoii~~ akhirnya mengeluh lagi.
Mengeluh bukan bererti menyesali.
Tapi sekadar melepaskan beban dihati.

Ya Allah bimbinglah diriku ini.
Supaya layak menjadi salah seorang ahli firdausi.
Dalam fasa hidup yang kekal abadi.
Ameen ya 'aziz ya qawiy.

wallahua'lam.
All the best sume org!
All the best ipah!
May Allah bless..

4 comments:

  1. *terharu bahagian paaling bawah.

    -serius rase mahu melalak. time dik ah amek kaler tu, air mate dah bergenang.

    ummi ckp: 't beli yg baru'

    ipah ckp: 'ah takde! ipah nk jugak yg lame! x kesah! nk jugak yg lame!'

    dalam hati: ' ah takde! ipah dah pki duet ummi byk gile! takkan nk yg baru! janjii x nak!'

    aish! susah hidup ni.

    ReplyDelete
  2. semoga anda akan terus bersabar..anda insan hebat kerana diberikan cabaran yg hebat..insyaAllah anda akan berjaya =)
    chaiyokk!!..hahah =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah.. xhebat mane pon.. dok mengeluh memanjang.

      Delete