Showing posts with label ::PerKongSian BerSamA::. Show all posts
Showing posts with label ::PerKongSian BerSamA::. Show all posts

19 Sept 2012

empat empat tekan2 xdapat..

in the name of Allah..

ini, dah lama tersimpan dlm draft box..
perkongsian drpd seorang shbt,

Petua Imam Syafi'e....

Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
 

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI
    ~Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' n
 AHLI IBADAH
    ~Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
    ~Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
    ~Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



sekadar perkongsian yilmoo :)

Wallahua'lam..

13 Apr 2012

OtoMeN TaRo BerTuKaRrrr!!!

in the name of Allah..
*:) berusaha untuk terus istiqamah.*


senangkah? terlalu mudahkah untuk berubah?
tak,, berubah itu bukan sahaja susah, malah ammmmmmmaatttla payah.
terutama berubah kearah kebaikan.


yeke? sure?
tak. bagi aku, berubah tu senang.. petik jari je!
cuma, yang susahnya, untuk terus istiqamah..


analogi nya, macam tanam pokok.
senang aje.. ambil biji benih, tanah, pasu, air siket.. gaul sebati..
untuk hasil lebih efektif,
letak pasu bawah cahaya matahari.
ok done.
esoknya bangun, boleh melompat kegembiraan bersuka ria
sebab pokok yang ditanam da berbuah.
macam tu ka? mustahil.


samalah macam kita.
mustahil untuk berubah sekelip mata.
berubah adalah satu proses.. yang panjang lagi berpanjangan.


ok balek pada menanam pokok tadi,
lepas dah digaul sebati,
kite kene rajin siram pokok dari hari ke hari.
benih akan mula bercambah..
dah bercambah, keep on belai dgn penuh kasih cinta dan sayang..
bagi air n nutrient yg cukup untuk pokok kita berfotosintesis.
tak lama selepas itu,
pem'batang'an akan berlaku.
diikuti pem'bunga'an dan akhir nya, pem'buah'an.


kalau anda cuma ambil pasu + tanah + tanah + sedikit air + biar tanpa pantauan,
kompem pem'buah'an x berlaku..
bukan setakat x keluar buah,
ntah2 benih pon segan silu nak bercambah,
apatah lagi nak berbuah.....


sama bukan?
kalau hanya membuat langkah pertama untuk berubah,
tanpa ada follow-ups, ape gunanya.. *bila nak rasa buahnya?.
Allah x menilai permulaan, juga x menilai pengakhiran,
tapi Allah menilai ape yang ade diantara kedua-dua nya.


hape bendenya? that's what we call ISTIQAMAH. :)
istiqamah untuk mengekalkan ape yg telah diubah.
maintain untuk buat langkah seterusnya, selepas langkah pertama td.
konsisten untuk siram biji benih yang telah digaul sebati tadi.


susah ke nak istiqamah?
tepuk dada, tanya iman..
"iman2, hang ada kat tingkat mana la ni?"


kalau iman anda jawab : " aku dok di tingkat dua ni..
 xleh nak naek lift.. lift penuh"
*terbayang lift kat kolej asek penoh.
maka jawapannya : susa gile weyhhhh! ko ingat ape? mcm buat megi? o_O


kalau iman anda jawab : " owhh! ak kat dlm lift ni.. 
dah nak sampai ke tingkat 106 *over "
maka jawapannya : senang jee.. ataupon KACANG gilerrr!!!


so basically,
susah ke senang, depends on tingkat mana iman kita..
iman kita ni pulak, kadang2 senipis kulit bawang..
kadang2 setebal buku Medicine Davidson. o..O


senangkata, iman kita 'Yazid wa yanquz.'
bertambah dan berkurang. nipis dan tebal. tinggi dan rendah... *err.
turun naek iman ni pulak,
berkait rapat lagi kamcing dengan hati manusia itu sendiri


dan sifat hati ni pulak, senang sangat dibolak-balikkan.
sampai ade yang menganalogikan hati ni,
dgn air yg sedang menggelegak.. ?? *dahi berkerut.


'bolak balik hati manusia ni, lebih hebat dari air yang sedang menggelegak'
*terbayang cerek tok / tok wan di kampung.
sriiiiiiittttttttttttttttttttttttt... bunyi cerek menjerit minta ditutup api.


ok.mengarut.

erm. macamni.
cube bayangkan, air yang sedang menggelegak.
pada permukaan air tu, ade buih2 *blob2 yang terhasil.

boleh anda nyatakan,..
buih tu besar atau kecil?
bulatkah? *ade buih 4segi ke kak?
rapat2 kah? bertindihkah?

haaa.. susah nak describe kan?
kejap ade, kejap xde.
kejap besar, kejap comel.
kejap bertindih, kejap single.
kejap meletop, kejap cool n steady.
dalam kata mudah nya, xtetap.

so, hati manusia lebih dasyat drpd air yang menggelegak.
wah! dlm sedetik masa boleh jadi baek,' juruh', dan sopan santun.
dalam sedetik masa juga, boleh tumbuh EKOR dan TANDUK. *evil laugh

Subhanallah.

ape patut kite buat dlm usaha untuk terus ISTIQAMAH?
pastikan anda selalu bersama kawan2 seplatun yang baek & da bomb!
sama2 saling berpesan2 dgn kebenaran dan sabar. *surah al-asr
ijlis binaa nu'min saa'ah.

percayalah.. suasana sangat mempengaruhi individu.
baek secara dalaman atau luaran.
keep on mingle ngan orang2 osem untuk create suasana yang da bomb.

~_~ : kenapa kene sama2? tanaklah. nanti sume orang kutuk n perli2 aku.
daripada semangat berkobar gilang gemilang,,,
teros tercantas mati, terkulai sepi *ewah.

haha. kalau anda rase kuat untuk berlari seorang diri,
teruskan, takde masalah. x de sape yang berhak menghalang.
Cumanya, perlu diingatkan, bahawa jalan kearah kebaikan ni,
bukan satu jalan yang dibentang permaidani baldu merah dihiasi bunga bungaan segar bugar ditepi2nya, ditambah pula berbumbung dan ber'aircond'. bukan.

jalan ini, dihamparkan dgn bara api,
ditepi2nya dihiasi duri2 tajam dan
berbumbungkan terik panas mentari
yang bisa menerbitkan keringat jantan! *pergh.

suasana dan kawan2 da bomb inilah yang sebenarnya
bertindak sebagai protector, doctor, and supporter dalam perjuangan ini.
yeah! ok sekarang, anda pilih. pilihan ditangan anda. :)

so, jom!
hand in hand, shoulder to shoulder,
in one saff, we unite.

*eh? haha iklan sat..

Jom sama2 MUJAHADAH dalam ISTIQAMAH.

yeah.. moge dapat manfaat.
mungkin ade unsur 'exagerration' dlm post kali ni..
salah silap harap dpt sama2 tegur..

yang baek dtg dari ALLAH,
yang buruk juga dari ALLAH,
tapi disandarkan pada diri yang hina ini...
buang yang keruh,
ambillah mana2 mutiara .. *kalau ade

*sama2 berusaha ke arah REDHANYA*

akhir kalam..
membuat keputusan untuk berubah, bukan senang..
apatah lagi untuk Istiqamah..
tapi, ingatlah 3Cs of life..

"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum,
kecuali kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya."

wallahua'lam. :)
moge Allah redho.


26 Sept 2011

Duduk Antara 2 Sujud

in the name of Allah..

dah lama sbenarnye,
saya niat nak cari ape maksud bacaan
duduk antara dua sujud dlm solat kita setiap hari..
tapi asek2 lupa.. hilang ingatan

antara salah satu cara,
nak dpt KHUSYU' dlm solat,
adalah faham setiap bacaan dlm solat..
jom same2 baca dan faham!!

BACAAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

rabbighfirli,
Ya Allah, ampunilah daku,
warhamni,Rahmatilah daku,
wajburni,kayakan daku,
warfa'ni,angkatlah darjatku,
warzuqni,rezekikan daku,
wahdini,berilah aku hidayah,
wa'afini,sihatkanlah daku dan
wa'fu'anni,maafkanlah akan daku.

haaa.. best kan??
doa rupenye..
doa yg sgt indah n bermakna..
lepas ni, boleh lah bace dgn
penuh pengharapan!
jom sama2 amalkan.
berusaha kearah solat yg khusyu'.

SURAH ALMUKMINUN, ayat 1 n 2.
klau x keberatan, selak QURAN sat,
cari ayat ni.. :)

wallahua'lam.
moge Allah redho.

21 Sept 2011

I'm MALAYSIAN, studying in INDIA.

in the name of Allah.


waaahh.. bersawang-sawangan..
bukan stakat sarang spiderman,
batman, keluang man segalanya ade..
fuhhhh.. fuhfuuuuuuuuhh..

ikan2 kat seblah pon dah kurus2..
sape2 yg TERsinggah kat blog ni,
sudi2 kan lah..
hulurkan tgn kurangkan kelaparan ikan2 sy ye..

hurmm.. first of all,
sejuta kemaafan dipohon..
oh formal gile
mintak maaf sgt2! sbb lame dah x hapdate..
bkn xde mase, melambak mase..
tapi sbb da lame x bkk blog ni setahun kott!
so mcm susa nak start balek.. huhu.

orait! sbb dah JANJI kan,
sape lah suroh hang gatai sgt ikat janji.. cistt!
and atas desakan, galakan, dan permintaan cewaaahh!,
hari ni, nak cite lah serba siket about INDIA.

owh! sebelum tu..
skrg tgah cuti!! cuti raye. sebulan lebih kot
so, sy berada dibumi bertuah MALAYSIA terchenta
n akan balek smula ke INDIA on 2nd oktober.. (inshaAllah) 
xlama dah tuu.. T_T noted


"I'M MALAYSIAN, STUDYING IN INDIA"


note the bold words! haha.
bukan ape, orang-orangan selalu kate..
"ape khabar ORG INDIA?"
"ni anak Zu yg mane? owhh! yg INDIA tu.."
"aik? xmcm org INDIA pon?"

adoii.. kakak2 abang2 makcik2 pakcik2
saya org melayu yg belajar di INDIA..
takkan bila p blaja kat sana trus jadi org sane..
huuu.. nway, xkesah pon..
mulut org, kite xde hak nak control..
n.. err x marah pon taw!
cume.. luahan rasa haha.. 

ok! jom masuk tajuk.

Bangalore, INDIA


haa.. tu INDIA.. dekat je kan ngan MALAYSIA..
so, klau homesick, weekend pon bole balek..
tu pon klau rase mcm anak orang kaya2 yg keje cop duet tiap hari.

naek flight, 3 jam je.. x mcm org laen..
16 jam lah, 24 jam lebih lah, transit2 lah..
hurmm.. untungkan blaja kat BANGALORE. hehe.. =..=

owh ni Bangalore..


cantek kan? haha.. ok! tipu.
ini dah jelas2 London bridge.


waaa! inilah dy eiffel tower..
ok ini pon bukan dkat bangalore..
ini PARIS ok! tipu dosa.

itu pon dia!!
Bangalore, INDIA..
ZzzzZzzZzzzzz..
hahah jahat gile kot..
 ltak gamba PETA je? 


BANGALORE or BENGALURU terletak kat Karnataka state, bahagian Selatan India.
so, weather pon dah dkat2 nak sama ngan Malaysia, tp kat sane lagi sejuk n kurang panas. bak kate wiki, 'tropical savvana climate'.. cewah! haha..


lagi ape eh?

tempat2 menarik bole google seniri lah kot..
berjela lah klau sumenye nak sy crite.. boleh patah jari2 ni..

hurm ha! klau jumpe kwn2 sume akan tanye..
"cmne INDIA? best? "
"ok x belajar sane?"
"panas sgt ke kat sana?" ok soalan ni mcm xde kaitan.
"mcmne mkn kat sane? bersih?"
"udara cmne? kotor sgt ke?"

India x de la huduh benar.
lagi2 bangalore ni..
bangalore is a garden city.
CITY.. so, xde la horror..

Belajar kat sane?
superB!! haha blja kat mane2 pon ade special nye sendiri btol kan?
kat mane2 pon! Mansoura ke, Irbid ke, Tantar ke, Cairo ke, Tasmania ke, Ireland ke, Pennstate ke, Ausie ke, China ke, Serdang ke, Shah Alam ke, Petaling Jaya ke, Kuantan ke, sume ade cerita n pengalaman tersendiri btol x? confirm betol. haha.

klau kat India ni, specialnye, first year da pegang mayat, dissection sume2.
all parts. Start from lower limbs > upper limbs > head n neck > thorax > abdomen. So, each cadaver (mayat) will be dissected by a group of 10 students.

"masuk bilik mayat? x takut ke? xloya ke?"
ermm.. xleh nak nafi gak lah..(kalau tipu dosa!) 
first time msuk dissection hall tu.. ALLAHUAKBAR!
pening, nak muntah, loya, (ok same je tu),
busuk bau formalin, nk pengsan, sume ade lah..
first time lah katekan... tapi first week je..
lepas2 tu, bile dah start dissect, xde ape pon,
sbb first week tu dy mungkin nak kite lali dulu ngan bau mayat sgala..
 so, lpas2 tu, nk ngadap yg btol2 ngadap tu,
 xde mslah la kott.. haha..

Lecturer? hahah SUPERB!
seriusly, lecturer mmg mantoBB.
Knowledge bukan stakat penuh di frontal lobe dan dada,
sampai ke fingertips ni haa.. hebat!.
wlaupun mule2 tu, susah gak nak cope up (sbb xbiase dgr INDIAN english)..
susah nak tangkap ape beliau ckp sbnarnye.. huhu..
first class dah kene marah, hahaha.. miscommunication..
tp lame2, ok je! hehe..

"susah x blaja?"
blaja ape yg x susah?? cuba habaq mai kat ceq sat..huhu..
mesti lah bukan senang, tp xsusah.. 
ke mcmne? any idea? i've no idea. 

"makan sana ok? udara?"
alhamdulillah, stakat ni, saya masih boleh bernafas,
sihat walafiat, makanan halal pon alhamdulillah senang dpt.

hurmm..
pe lagi eh?? tataw nk cite ape dah..
senang cmni lah, klau nk tahu lagi, mai lah INDIA..
you are very welcome to the INCREDIBLE hulk INDIA!! tAdaAAAaaaa!!
k! rasailah sendiri penangannya.. cewahh! haha

akhir kalam..
kat mane2 pon kite dicampak kat bumi ALLAH ni,
bersyukurlah, bersyukurlah, dan teruskan bersyukur..
Allah tahu ape yg terbaek. He is the creator, so He knows it well.
biarlah ape org sume nak kate, kita xmampu nk tutup mulut smua org.
bile hati rase gundah, mengadulah padaNYA.. mengadu dan terus mengadu..
sbb Allah never say NO. :)

ok lah.. hope ade dpt something.
almaklumlah, bru nak panas enjin semula..

last but not least..Bersyukurlah!!
wallahua'lam..
Allah BlesS uS.



30 Jul 2010

ReaD, UndersTanD & DigeSt

in the name of ALLAH..

smalam.. i've just got an email..
jom tgok same2!





















 




true right??
Islam smakin ditindas..
muslim dianggap terrorist..
bumi2 anbiya' dieksploitasi..

apa peranan kita?
apa peranan kite sbg seorang muslim?
apa peranan kite sbg seorang saudara seislam??

lets think bout it..

wallahua'lam..
MAY ALLAH BLESS!



19 Jun 2010

Al-QuRaN m'JaWaB RuNguTaN ManUsiA??

In The Name of Allah..

Kita selalu tertanya-tanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita tanya: Kenapa aku diuji?

Quran jawab,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan
"Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji
orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang yang benar,
dan sesungguhnya Dia mengetahui
orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita tanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran jawab,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah: 216)


Kita tanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran jawab,

"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah: 286)


Kita tanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran jawab,

"Janganlah kamu bersikap lemah,
dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya,
jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran: 139)


Kita tanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran jawab,

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang,
dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali
bagi orang-orang yang khusyuk."
(Surah al-Baqarah: 45)


Kita tanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran jawab,

"Cukuplah Allah bagiku,
tidak ada Tuhan selain daripadaNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakal."
(Surah at-Taubah: 129)


Kita tanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran jawab,

"Sesungguhnya Allah telah membeli
daripada orang-orang mukmin,
diri dan harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka."
(Surah at-Taubah: 111)


Kita kata: Aku sedih!

Quran jawab,

"Dan demikianlah keadaan hari-hari
(kejayaan dan kesedihan)
Kami pergilirkan di antara manusia
(supaya menjadi pengajaran)."
(Surah Ali Imran: 140)


Kita kata: Aku tak tahan!

Quran jawab,

"...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah
melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 12)


Kita kata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran jawab,

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
(Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar.
Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental,
kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir.

Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya.
Tegal di sebalik musibah yang menimpa,
jarang sekali kita mengintai hikmahnya.

so my dear friends..
let stop merungut..
n jom tingkatkan IMAN!!
MAY ALLAH BLESS..

wallahua'lam.

13 Jun 2010

CiNtA vs SuKa

in the name of ALLAH..
td raihan n sy bace mende ni..
menarik! jom bace!
CiNtA vs SuKa


1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.


7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis.
Bila orang yang kita sukamenangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
umpama kita membuang telinga kita.
Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata.
Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


hurmmm btolkah??
saya pon tak tahu..
lets think bout it! =)

wallahua'lam..
ALLAH BLESS US.

8 Jun 2010

5 RiNgGit..

in the name of ALLAH..

lets share this story..

Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti.
Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi.
Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur.
Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor,
beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari.
Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam.
Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar.
Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,
tersipu-sipu dan bersimpuh malu.
si Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar,
di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng
dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu.
Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit.
Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya.
Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.
Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar.
Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Tolol!.

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang.
Aku sedikit marah, mengetap bibir.

“Nak apa?!” Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

"Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta..”

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut.
Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyakdi bahu.
Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan
dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!”

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih
meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu.
Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut.
Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih.
Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah.
Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta.
Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau.
Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu.
Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit.
Menyelitkannya di celah kopiah.
Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,
masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak..” Pakcik itu datang setelah 20 minit.

Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5.
Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.

Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu.
Tunduk dan menangis tersedu-sedu.
Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.

“Kenapa ni? Gila?!”

"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit.” Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu.
Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini.
Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda.
Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong.
Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat.
Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur.
Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.
Bekerja seperti orang gila untuk duit.
Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ.
Hampir 10 minit aku melayan meluat-
melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu.
Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang.

Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil.
Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya.
Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

"Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?” . Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.

Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur.
Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu,
perlahan-lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu.
Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.
Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak.
Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak.
Kalian pekup hidung melihat kami.
Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah.
Kadang-kadang maruah kami
lebih tinggi dari kamu orang kaya
yang hidup berpura-pura, menipu orang.
Harga diri kami masih kuat.
Bila anak menyoal pakcik seperti tadi,
anak telah memijak harga diri pakcik.
Anak seperti menghukum pakcik sebagai
orang tua sial yang berpura-pura susah.
Ambillah semula, nak.”

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.
Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali.
Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati.” Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.

Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki,
dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya.
Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia.
cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

wallahua'lam..
yg baek jadikan teladan..
yang buruk jadikan sempadan..
 
MOGE ALLAH REDHO..
::Ya ALLAH!
berikanlah kemenangan
kpd umat islam!
hancurkan kuffar!
hancurkan kuffar!
hancurkan kuffar!
ameen..::

28 May 2010

TeGuR & BimBinG aK BiLa aK MuLa TeRsaSaR!

In The Name of ALLAH..

feeling very bad.. JUST ALLAH know..
i must write something..
i must tell u something..
i must! if not.. this heart doesn't feel right.

^^^^^^^^^^^^^^

Ada seorang hamba Allah [perempuan] ini.
Dia bekas pelajar sekolah agama.
Dia solehah, menjaga auratnya
dan memakai tudung labuh.
Dia juga rajin mengikuti usrah.


Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara.
Negara yang dia pergi tu pulak, bukan negara orang Islam.
Jurusan pon bukan jurusan agama, tapi Perubatan.
so, dia jadi orang yang dipercayai
oleh pelajar yang seangkatan dengannya.

Awal-awal, dia komited dengan agama.
Selalu ajak kawan-kawan mengingati Allah,
amar ma'aruf dan nahi munkar.

Satu hari, ALLAH nak uji dia..
dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam.
Lama-lama, dia mula tinggalkan peribadi dia yang lama.
Walaupun still bertudung labuh,
dia dah kurang menjaga batas pergaulan.
Sampai satu tahap,
............dott.........dott.........dott...............

Apa pandangan korang?

Apa yang korang akan lakukan bila tahu perkara ini,
bila lihat perkara ini,
atau bila menjadi salah seorang daripada
kawan orang yang buat perkara ini?

ermm adakah korang akan try bimbing dy?
  
"dia sahabat aku! takkan aku nak biar dy lupa leka dan alpa?"
 
"aku mesti nasihat dy.. dy tanggungjawab aku! nnt kat akhirat,
ALLAH soal apa aku nak jawap?"
 
"aku tak sanggup tgok dy masok neraka...
aku nak sama2 ke syurga bersamanya"
 
atau diam kan aje?
 
"dy budak skola agama.. takkan aku yang tahpape ni nak nasihat dy.."
 
"alaaahh.. takkan dy taktahu kot kate sekola agama...
nnt klau aku sibuk2 nasihat, org kate jaga tepi kain lah..
ape lah.. baek diam je.."
 
"aku segan laaa.. aku ni bukan baek sgt pon nak nasihat2 org ni.. "
 
atau lebih dasyat lagi, mengata belakang dy?
 
“Cis, menyampah gila aku.
Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya.
Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”

“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah.
Ingatkan aku itu, ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu.
Tak senonoh la. Hipokrit”

“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama.
Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang.
Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”

 
actually, secara tak langsung,
kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama,
orang yang mengikuti usrah,
mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini
di taraf MALAIKAT.
 
padahal, dyrg juga makhluq yg bernama MANUSIA..
berasal dari perkataan NASIYA yang bermaksud LUPA..
sama seperti anda dan saya..
 
Dengan anggapan kita di atas tadi,
maka kita meninggalkannya.
Kita tidak menegurnya.
Kita nampak, dia mula berubah ke arah kejahatan,
tapi kita menjauhinya sbb kita kata dia dah tahu,
dia mesti dah faham and so on..
 
kita kene faham...
sometimes, ada something yg di luar jangkaan berlaku dalam hidup kita
Sebab itu dari sebaik-baik manusia,
boleh berubah sebegitu rupa.
Kita terlupa dia rupanya manusia juga.
Bila bende ni dah jadi, kita lebih senang menghentam.
Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan.
Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali,
kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.

Ini masalah kita.

Kemudian kita salahkan dia.

Sebenarnya, kita pun sama.
Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.

Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke,
ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik.
Tunjukkan dia jalan yang betul. berhikmah..

Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama,
dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik,
dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, dia jadi maksum?

Sejak bila pula, manusia-manusia ni,
bila buat dosa, dibolehkan kita biarkan mereka?

Bukankah layanannya tetap sama
dengan orang yang tidak pernah belajar agama,
tidak pernah ikut usrah,
tidak pernah berdakwah, yang buat dosa?

TEGUR dan PIMPIN lah mereka.

tahukan, Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan


Ya, kamu berdosa.
Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.

“Saya mencegah dengan hati” -hahaha.. alasan kan?

Rasulullah SAW bersabda: ...“Sekiranya kamu tidak mampu”

so, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi,
itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu.
Maka, BERDOSA kalau tak menegurnya.

Teknologi hari ini lagi la .. macam-macam ada.
E-mail ada, facebook ada, YM pon ada.
Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh ..
– tulis surat cinta. hehehe

Tegur bukan sekali...
tapi Berkali-kali.
bila nak berhenti?
haaa bila terjadi salah satu drpd empat nee...

1.Kamu mati.
2.Dia mati.
3.Matahari terbit dari barat.
4.Dia berubah.

Selagi tak berlaku empat perkara ini, tak patut kita putus asa.
Kalau plan A tak berkesan, kita bagi dia plan B.
Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C.
Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula.
Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya.
Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.

“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.

Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.

jom!! jangan cakap belakang sahaja.

Rapati dia, berikan nasihat.
Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa
dia telah tersasar daripada Allah SWT.

Sesungguhnya,
menyebarkan kebaikan itu adalah
tanggungjawab orang yang beriman.

Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.

^^^^^^^^(^_^)^^^^^^^^
 
terima kasih kepada DIA yang telah menegurku..
pesanan ini buat diriku yang sering tersasar..
editted from HILAL ASYRAF's post
k lah.. thats all 4 tonight..
 
wallahua'lam..
moge Allah redho..