1 May 2010

SiMpaN cInTa DaLam HaTi

In The name of ALLAH..

SALAM blog!! heeee.. lamenye x 'meronggeng' kat sini..
banyak bende nak luah.. tp dah kate tak nak ngarut kan??
haa.. =)

ok! today, i would like to share an article i've read lastweek..
this article was copied from someone's blog..

ermm tataw nape, bg sy, walaupun ayat2 dy lebih kepada berbentuk formal,
saya sangat tertarik ngan isi2 dy.. [hope hangpa sudi troskan pembacaan k!]

KHAS BUAT DIRIKU YANG SERING TERSASAR...

TAJUK :: Simpan Cinta Dalam Hati


Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang.
Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya?
Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

 
Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni.

Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki.

Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali.

Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit.
[hurmm btol kah?? tpuk dada tanye iman..]

Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis.

Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal.

Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat.

Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan
“Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”.

Ketika ini sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya.

Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

WHAT SHOULD WE DO??
Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati,
jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati
segeralah disusuli dengan pernikahan
jika mahu proses persahabatan berlanjutan.
[?..?..?... no komen..] 

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah.

Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah,
maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali.
“Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.”
Kata Fatimah.
“Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku?"
Tanya Ali.
“Tidak,... kerana pemuda itu adalah engkau.”
Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh
namun ia lebih baik tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati.
Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah.

Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar,
proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari.
Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan
juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

APA YANG PENTING??
Jangan Terperangkap

Hati manusia memang mudah berubah.
Pagi kata benci petang pula kata rindu.
Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting.
Ia merupakan kunci segala-galanya.
Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya.
Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana
dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas,
ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita,
maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya
dari wanita tersebut. Lalu bersabda:
"Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain."

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti
“tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan.

Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis.

Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan
bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi.

Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam
dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan.

Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman
serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya:

“Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki,
supaya mereka menundukkan pandangan
dan menjaga kehormatan. I
tu lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan.
Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan,
supaya mereka menjaga kehormatannya dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya,
 kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..”

::an-Nur:31-32::

Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa.

Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting,
 jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu.

Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali.

Sesungguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan
permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam,
juga menjadi fitnah kepada islam.

*****THE END*****

hurmm so cane??? =)
artikel ni, manusia yang tulis..
[ni pendapat individu klau x silap..]
pasti ade kesalahan..

peranan kite,
extract baek buruk n..
amek yang baek...
tinggai yang buruk2 kat tepi longkang..
ok?
moge ade yang bermanfaat..


wallahua'lam..
ALLAH BLESS US

12 comments:

  1. nice share..thanx =)
    InsyaAllah..sama2 baiki diri..

    ReplyDelete
  2. wallahua'lam....

    nak jadi mcam Fatimah!! =D

    ReplyDelete
  3. afiq::inshaAllah..

    eyzzah::sy juge!! sgt shweett kan!!

    ReplyDelete
  4. so sweeettt....kena disiplin la kan dlm jaga pndangan ni kan.. :D

    ReplyDelete
  5. ain:: ha'ah.. n itu sgt susah.. =(

    ReplyDelete
  6. nice post..thanx..

    pemilik blog ni punya pendapat lak cane?

    ReplyDelete
  7. hemli:: huhu sori la incik.. pemilik blog x reti sgt la nal bg pendapat dalam hal ni.. hohoho... apa kata incik yang bg pendapat??

    ReplyDelete
  8. ho yeah~
    btol2 hur.. kna jaga pndangan nih.. sbab kite pon x nk husbnd 2b kite pndg other girls~
    nice post nway..

    ReplyDelete
  9. mell:: huhu husband to be.. hhehehhehe..

    ReplyDelete
  10. oh dial baru baca..nice2..=)

    ReplyDelete