26 Feb 2010

SaaT TerPutuSnYa WahYu daRi LaNgiT

in the name of Allah..

today.. i would like to share sumthing with all of you..
this story is copied from a blog..
harap dpt mnfaat bersama..



::HARI TERAKHIR HAYAT BAGINDA::


Anas bin Malik meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh di belakang Abu Bakr di hari Isnin (12 Rabiulawwal ) itu terkejut dgn kemunculan Rasulullah dari sebelah tabir bilik Aisyah (rumah saidatina Aishah bersambung dgn Masjid) sedang jemaah bersembahyang. Baginda melihat dan memberi senyumannya, Abu Bakr pun berundur ke belakang untuk menyertai saf di belakang, kerana beliau menyangka Rasulullah hendak keluar bersembahyang.

Kata Anas lagi: Hampir-hampir sidang jemaah terlupa dengan solat mereka kerana gembira melihat Rasulullah (s.a.w) yang kelihatan sihat. Namun Baginda memberi isyarat kepada mereka supaya meneruskan sembahyang. Lepas itu Baginda melepaskan tabir dan masuk ke dalam. Selepas itu Rasulullah (s.a.w) tidak berkesempatan lagi untuk bersembahyang lima waktu yang lain.


Semasa siang semakin cerah Rasulullah (s.a.w) menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu menyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian Aisyah berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?.
 
Jawab Fatimah: "Baginda membisik bahawa Allah akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda alami ini, itulah yang membawa aku menangis, pada kali kedua Rasulullah (s.a.w) membisikkan bahawa daku ahli keluarganya yang diwafatkan Allah selepas Baginda, itulah yang menyebabkan daku tersenyum".
 
Selain dari itu Rasulullah (s.a.w) juga memberi khabar gembira (tabsyir) kepada Fatimah bahawa beliau adalah Syayyidah Nisa' al-'Alamin (Penghulu Wanita Dunia). Fatimah melihat beban kesakitan terlalu berat dialami oleh Rasulullah (s.a.w). Beliau berkata: "Alangkah berat siksa bapa". Jawab Rasulullah (s.a.w): "Tiada siksa lagi bagi bapamu selepas hari ini".



Di saat ini Rasulullah (s.a.w) memanggil al-Hasan dan al-Husain dan Baginda mencium kedua-duanya sambil berwasiat kepada mereka berdua dengan kebaikan, kemudian Rasulullah menjemput isteri-isterinya, menasihati dan memperingatkan mereka.


Kesakitan semakin bertambah, dan kesan racun yang Baginda termakan di hari Khaibar boleh dilihat, menyebabkan Rasulullah berkata: "Wahai Aisyah kini aku masih terasa sakit kesan makanan di hari Khaibar dahulu, inilah masanya aku mendapati nafas ku sesak terputus-putus kerana kesan racun itu".

asulullah mewasiatkan orang ramai dengan sabdanya: "Solat, solat dan berbuat baiklah kepada hamba sahaya milik kamu". Baginda mengulangi ungkapan ini berkali-kali.


::NAZAK::



Saat nazak mendatangi Rasulullah (s.a.w), dan Aisyah membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya: "Sebenarnya di antara nikmat anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara dada dan leherku, dan mencantumkan di antara liur ku dan liur Baginda semasa kewafatan Baginda. Sebelum itu Abdul al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan memegang kayu suginya, dan aku membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar, kulihat Rasulullah (s.a.w) memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah (s.a.w) suka dan hendakkan siwak (sugi) tersebut.

Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah?
Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya,
kemudian ku berikan siwak kepada Baginda,
tetapi ianya keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya?
Baginda menganguk kepalanya,
dengan itu ku pun melembutkannya,
maka Rasulullah (s.a.w) pun bersugi dengannya".

Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah bijana di hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air ke mukanya sambil berkata yang bermaksud: "Sebenar kematian ini ada sakarahnya" - al-Hadith.


Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat tangannya ke langit (jarinya) diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut :

Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.

Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi.

"Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali".

Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.

::KEPILUAN MENYELUBUNGI PARA SAHABAT::



Kini berita kewafatan Rasulullah yang memilukan itu tersebar luas, suasana muram menyelubungi persada Madinah dan cerok daerahnya,

kata Anas: "Tidak pernah ku melihat satu hari lebih ceria dan bercahaya dari hari kedatangan Rasulullah (s.a.w) ke Madinah dan tidak pernah pula ku lihat satu hari yang lebih buruk dan muram dari hari kewafatan Rasulullah (s.a.w)".


Selepas wafatnya Rasulullah (s.a.w) puteri Baginda, Fatimah (r.a) telah mengucapkan suatu ungkapan:

"Duhai ayahku, kau menyahut seruan Tuhamu, duhai ayahku, syurga al-Firdaus kesudahanmu, duhai ayahku, kepada Jibril jua kami bertakziah mengenai kewafatanmu"

::SIKAP UMAR::



Di hari itu Umar telah berdiri di hadapan khalayak ramai dan mengikut riwayat menceritakan bahawa beliau telah terkeluar dari kewarasannya dengan berkata:

"Sebenarnya terdapat beberapa orang munafiqin telah menyebut bahawa Rasulullah telah wafat, sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) tidak wafat, cuma beliau pergi menemui Tuhannya seperti Musa bin Amran pergi menemui Tuhannya, Musa menghilang diri untuk selama empat puloh malam, kemudian Baginda pulang semula setelah orang berkata, yang Musa telah mati. Demi Allah, Rasulullah (s.a.w) pasti akan pulang semula, sesiapa yang menyangka bahawa Rasulullah (s.a.w) telah wafat mesti dipotong tangan dan kaki-kaki mereka.(ada juga riwayat yg mengatakan UMAR akan penggal kepala-kepala mereka yang mengatakan MUHAMMAD telah meninggal) 


::PENDIRIAN ABU BAKAR::



Abu Bakr memecut kudanya, berlari dari rumahnya di al-Sanh, sesampainya ke perkarangan masjid beliau terus masuk ke dalam masjid. Tanpa bercakap sepatah pun dengan orang ramai beliau memasuki bilik Aisyah menuju ke tempat Rasulullah yang sedang berbaring ditutupi dengan kain.

Beliau membuka tutupan muka Rasulullah (s.a.w, terus memeluk dan mencium muka Rasulullah sambil menangis dan berkata: "Demi dikaulah ibu ayahku, Allah tidak akan mengenakan kau dua kematian, adapun kematian yang ditulis ke atas mu ini sudah kau hadapinya".


Setelah itu Abu Bakr dan Umar keluar menemui orang ramai, di mana Abu Bakr berkata: "Wahai Umar sila duduk" Namun Umar enggan untuk duduk. Orang ramai pun melingkungi Abu Bakr dan membiarkan Umar di situ. Abu Bakr berucap kepada sidang hadirin dengan katanya:


"Adapun selepas tahmid dan syukur maka ingin ku menyebut di sini, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati ".


Kemudian beliau membaca ayat Allah:


"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (yakni murtad). Maka sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur". (ali-Imran : 144)


Kata Ibn Abas: Demi Allah, di masa itu manusia ramai bagaikan tidak mengetahui bahawa Allah telahpun menurunkan ayat ini kecuali setelah Abu Bakr membacanya, dengan itu orang ramai pun menerima dan membacanya.


Kata Ibn al-Musaiyab: Umar telah menyebut: "Demi Allah, sebaik sahaja aku terdengar apa yang diunggapkan oleh Abu Bakr itu aku terasa kakiku sudah tidak berdaya lagi untuk berdiri, aku terus terhumban ke tanah sebaik sahaja mendengar apa yang dibaca oleh Abu Bakr itu, kerana aku sudah dipastikan dengan kewafatan Rasulullah".

::TAMAT::

bru ni..ade yg persoalkan.. knape nak sambut MAULUD NABI??
hujahnya.. "nabi x pernah sambut pon.. knapa kite nak sambut? ini bukan sunnah!!"

ok FINE! 'ini bukan sunnah??'
owh! konsert2 tu sunnah la?
hah? reality show tu sunnah la?
pergaulan bebas tu sunnah la?
huh~ nonsence!!

mmg.. nabi mmg x pernah sambut MAULUD NABI ni..
tp, sbagai umat MUHAMMAD, salahkah kite sambut?
kite tgok balek umat skarang..

smue ngaku, 'KAMI UMAT MUHAMMAD!'
tp cara hidup x lamsom menggambarkan kite ni umat BAGINDA
smue ngaku, 'KAMI SAYANG MUHAMMAD!'
tp tak pernah mengamalkan SUNNAH nabi..
smue ngaku, 'KAMI RINDU MUHAMMAD!'
tp ajaran nabi smue tanak ikut! aurat pon tak tutup!

bile tanye,
smue kate nak MASOK SYURGA!
bile tanye,
smue kate Muhammad IDOLA ku!
.......................

nmpk sgt, umat kini dah jauh tersasar..
dah jauh menyimpang dari cara hidup islam yang sebenar..

jadi,
sambutan maulidurRasul, bg ana,
adalah salah satu wasilah (method) bagi membawa kembali umat2 islam mengenali nabi.. menyusuri sirah n sejarah hidup nabi.. from that, rs cinta n shukur inshaAllah, dpt dipupuk, skali gus, melahirkan smula satu ummah yang menjunjung teguh Al-Quran dan As-Sunnah..

imbas blek pengorbanan2 yg dah Baginda buat.. smuenya untuk ummat Baginda.. x terpikirkah kite? andai kate Baginda masih hidup, pasti hiba dan pilu melihat keadaan ummah skrg...hingga saat2 terakhir pon, bginda masih memikirkan keadaan ummat2nya..

from that, my dear readers..
tepuk dada, tanyalah iman..
islah nafsak wad'u ghairak..
(btulkan dirimu, dan ajklah yg lain..)
perbanyakkn selawat, zikir dan tahmid..
doaku..
Moge kite semua tergolong dalam ummat Muhammad yg terpilih..
inshaAllah..

[nasihat ni juga untuk diriku..
yang sering lupa n alpa..
semoga manfaat dinikmati bersama..]

wallahua'lam..
Moge Allah Redho..

4 comments: